Najib, Rosmah periksa hadiah 306 beg tangan, 401 jam tangan yang disita PH
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah memeriksa barang yang disita polis dari premis milik syarikat Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences, pada Mei 2018.
Dalam notis usul yang difailkan terhadap Obyu Holdings, kerajaan antaranya menyita sebanyak 11,991 unit barang kemas, jam tangan 401 utas dan 16 unit aksesori jam tangan, cermin mata 234 unit dan 306 beg tangan serta wang tunai berjumlah RM114,164,393.44 dalam pelbagai denominasi.
Barangan tersebut didakwa oleh Kerajaan sebelum ini kononnya hasil daripada aktiviti haram yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sitaan itu dibuat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin memberitahu demikian kepada pemberita selepas pengurusan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Secara ringkasnya, alasan kerajaan PH untuk lucuthak sivil ini adalah berdasarkan affidavit yang diberi oleh tiga pegawai polis. Mereka mendakwa:
1: Najib pernah menerima dana yang dikatakan dari 1MDB. Oleh itu barang-barang itu diPERCAYA telah dibeli dengan dana ini.Tetapi tidak disebutkan sekalipun ataupun dibukti dalam tindakan sivil kerajaan bagaimana dana ini digunakan untuk membeli barang-barang yang dirampas ini.
2) Nilai aset yang dirampas tidak setara dengan jumlah pendapatan. Itu sahaja.
Lebih menghairankan ialah affidavit pegawai polis sendiri menyatakan bahawa selepas mereka menyiasat, mereka mendapati sebilangan barang-barang ini adalah hadiah yang diberi kepada Najib Razak dan keluarga beliau.
Tapi hadiah-hadiah ini tidak dikembalikan kerana dikatakan "tidak mempunyai bukti kukuh".
Padahal, ramai pemberi hadiah ini juga telah disoalsiasat oleh polis selama tempoh satu tahun ini dan mereka akui memberi hadiah kepada Najib dan isteri.
Jika perhatikan gambar-gambar kotak yang dirampas oleh polis dua tahun dahulu, jelas juga kelihatan nama pemberi hadiah dilabel di atas setiap kotak.
Terdahulu, semasa prosiding kes, Faten Hadni memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin bahawa Najib dan Rosmah telah memeriksa barangan berharga berkenaan, kecuali barangan kemas, pada 25 Julai (Sabtu).
Barang-barang yang disita itu kini disimpan di Bank Negara Malaysia (BNM).
“Namun, pemeriksaan untuk barangan kemas itu belum dilakukan kerana tukang emas warga Lubnan dari Global Royalty Trading SAL, masih tidak dibenarkan memasuki negara ini, kerana sempadan negara kita ditutup ekoran wabak COVID-19.
“Saya memohon mahkamah menetapkan pengurusan kes lain untuk Najib, Rosmah dan firma Lubnan Global Royalty Trading SAL untuk tarikh bagi memeriksa barangan kemas yang dirampas pihak berkuasa," katanya.
Hakim menetapkan 26 Ogos untuk pengurusan kes. Mac lepas, hakim membenarkan Najib dan Rosmah memeriksa barang kemas yang dirampas oleh pihak berkuasa.
Pihak pendakwaan memfailkan permohonan untuk melucut hak aset yang dikatakan bernilai RM680 juta yang disita dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd yang dimiliki oleh Tan Sri Bustari Yusof.
Najib, Rosmah UMNO dan Global Royalty merupakan pihak ketiga dalam permohonan lucut hak itu.
UMNO, yang menuntut sejumlah wang tunai yang tidak dinyatakan dalam harta berkenaan, bagaimanapun tidak memohon untuk memeriksa wang tersebut.
Royalti Global diwakili oleh peguam Venathani Rajagopal sementara Najib diwakili Zahria Eleena dan UMNO diwakili oleh Mardhyah Siraj.
Kerajaan PH sebenarnya telah failkan 7 kes berlainan terhadap Najib yang semuanya memerlukan perbicaraan berasingan:
1. Kes SRC
2. Kes 1MDB-Tanore
3. Kes Laporan Audit 1MDB
4. Kes IPIC
5. Kes tuntutan cukai LHDN
6. Kes lucut hak harta dari rumah Najib
7. Kes lucut hak harta dari premis dimiliki OBYU holdings
-- BERNAMA/TunCarlos.com