Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pavithra maafkan suami, bayar ikat jamin RM10,000


Beberapa hari ini, kita dikejutkan dengan kisah Youtuber Sugu Pavithra yang telah menjadi perbualan hangat di media sosial.

“Saya maafkan suami,” itulah antara luahan ringkas diberikan Youtuber masakan terkenal, S. Pavithra berhubung konflik yang berlaku ke atas dirinya dan suami.

Menurut Pavithra, 28 tahun, berkata, dia tidak mahu lagi memikirkan masalah yang berlaku sebaliknya, mahu memberi perhatian kepada kehidupan mereka sekeluarga.

Malah, beliau turut berkata akan kembali meneruskan rancangan masakan di YouTube, lapor Sinar Harian



Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa

Pavithra menjelaskan, apa yang berlaku semuanya berkaitan masalah keluarga dan dia sudahpun maafkan suami atas apa yang berlaku.

“Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa dan kami akan kembali bersama meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa sahaja,” katanya.

Ujar beliau demikian selepas menjelaskan bayaran jaminan RM10,000 yang dikenakan ke atas suaminya di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Jumaat.





Mengikut pertuduhan, suaminya didapati memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter bertulis Tiger.

Kejadian berlaku di parkir wad unit penjagaan paliatif (PCU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 6 petang, 21 Julai lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara untuk suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi sepuluh tahun dan sebat.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Waffy Ismail dan tertuduh diwakili Mahinderjit.

Mahkamah menetapkan 17 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.



Teruslah beri sokongan kepada kami

Walaupun Pavithra yang kelihatan sedih, namun beliau memohon kepada orang ramai untuk terus memberi sokongan terhadap rancangan masakan kendalian mereka di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’.

“Saya harap tiada yang salah faham dan saya sendiri pun tidak ambil hati atas apa juga komen diberikan netizen di media sosial. Teruslah beri sokongan kepada kami,” ujarnya.

Semoga pasangan ini diberi ruang untuk mereka dan diharap pasangan ini kembali berkongsi video masakan mereka selepas ini.

-SinarHarian