Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Perang terbuka Tun M dan Anwar cukup mengecewakan penyokong PH


ULASAN: Tidakkah pemimpin dan penyokong  Pembangkang terdetik dihati masing-masing melihat betapa bodohnya pemimpin mereka  iaitu Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim kerana  masih terus berbalah secara terbuka kerana berebut mahu jadi calon Perdana Menteri?

Sedangkan  usul undi tidak percaya keatas Muhyidden Yassin sebagai Perdana Menteri  telah pun  dibuat sejak bulan mei yang lalu oleh Tun Mahathir dan nampaknya seperti akan gagal?

Kesan dari perbalahan tidak berkesudahan  antara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim kerana berebut mahu menjadi calon Perdana Menteri  menyebabkan  ketua pembangkang dari parti PKR itu berikrar  tidak akan menyokong usul undi tidak percaya  tersebut.

Ekoran dari pengakuan itu pada ramalan penulis peluang  usul Tun Mahathir untuk menang ketika ini 0% ?


Apa yang paling menghairankan penulis ketika ini mengapa pembangkang berebut untuk jadi calon Perdana Menteri.

Sepatutnya parti kerajaanlah  yang akan berebut sesama sendiri  untuk jadi Perdana Menteri. Tetapi perebutan jawatan Perdana Menteri tidak pernah berlaku dikalangan parti kerajaan.

Perbalahan Tun Mahathir kini sudah sampai keperingkat maksimun,  manakala rakyat dari partii pemerentah (PN) sekadar bertepok tangan dan menjadikan media sosial pentas membuli penyokong Tun Mahathir dan Anwar..

Telatah  kedua pemimpin pembangkang ini bagaikan kanak kanak berebut Lolipop.


Beberapa hari lalu secara tiba tiba Tun M mencalonkan Safei Afdal  untuk  menjadi calon Perdana Menteri dan ini sebenarnya menandakan Tun sudah menyedari harapannya sudah tidak ada.

 Jika tidak mana mungkin Tun mencalonkan orang lain melainkan dirinya sendiri  jika harapan masih ada.? Shafei Afdal tidak lebih dari kambing hitam bagi menutup kegagalan Tun Mahathir.

Manakala notis undi tidak percaya yang difailkan Tun Mahathir  sejak mei lalu kini  mustahil akan berjaya apabila Anwar sudah tidak lagi memberikan komitmen terhadap usul tersebut,

Apa pun usul undi tidak percaya akan tetap dibaca selepas notis dibuat  oleh Tun Mahathir sejak mei lalu walau pun amat  mustahil untuk usul tersebut menang apabila Anwar dan PKR tidak akan menyokong. Mudahnya Tun Mahathir  ketika ini sedang merendahkan dirinya sendiri kepada umum. Mungkin kifarah Allah dipenghujung usia.


Pencalonan Shafei Afdal sebenarnya selepas Tun M menyedari sudah  tiada jalan untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin ekoran perbalahan beliau dan Anwar.

Jadi jawatan Perdana Menteri akan kekal ditangan muhyidden Yassin.  Diharap orang Sabah tidak teruja dengan pencalonan Shafei Afdal kerana itu bagi saya satu penghinaan oleh Tun Mahathir terhadap rakyat negeri itu dan berkali kali Tun Mahathir menipu rakyat Sabah.

Pencalonan Shafei Afdal sebagai calon Perdana Menteri sudah  tidak bermakna apa apa  dengan hanya 5 kerusi Parlimen  yang Tun Mahathir ada.

 Shafei Afdal dan penyokongnya tidak perlulah teruja  dengan pencalonan ini kerana pencalonan Shafei dibuat selepas Tun Mahathir menyedari beliau sudah gagal menjatuhkan Muhyidden Yassin.



Ketika ini perbalahan Tun Mahathir dan Anwar bagai dirasuk dengan masing masing menyerang secara terbuka satu sama lain.. Kedua pemimpin seperti lupa mereka berdua adalah "public figure" dan penyokong masing masing sedang memerhatikan gelagat kedua pemimpin berkenaan yang seperti tidak waras ketika ini

Adakah  kedua pemimpin PH ini  tidak menyedari bahawa kebanyakan penyokong mereka yang cerdik cerdik  sudah pun meninggalkan Tun Mahathir dan PKR?

Sebahagiannya dan sebahagiannya pula bersumpah tidak akan mengundi kedua duanya lagi. ?

Yang tinggal hanyalah macai setaraf Ali Mohd dimana otak perlukan segengam  ubat setiap hari barulah sedikit normal untuk berfikir dan mempertahankan idola masing masing.

Apa pun jangan lupa hanya UMNO dan PAS mampu menjatuhkan Muhyidden Yassin jika mereka berhasrat berbuat demikian. UMNO dan PAS boleh menjadi cencaru makan petang.

sumber: Group Whatsapp Penyokong PH