Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PH tak akan beralah kepada kumpulan Mahathir di PRK Slim -Anwar


PRK SLIM | Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Harapan (PH) masih belum memutuskan untuk bekerjasama dengan kumpulan bekas pemimpin Bersatu yang diketuai Anggota Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya kecil (PRK) Slim.

Anwar berkata demikian selepas senator Marzuki Yahya mengumumkan 'Bersatu Blackout' akan bertanding dalam PRK itu bagi menentang calon Perikatan Nasional (PN).

Marzuki sebelum ini mendakwa seorang ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memberitahunya bahawa gabungan pembangkang itu tidak akan bertanding pada PRK itu nanti.


"Ia mengelirukan apabila (mantan) setiausaha agung (Bersatu) mengatakan kami beralah dengan mereka.

"Tidak. Pendirian kita adalah kita berunding dengan mereka - apa pendirian mereka. Kemudian pada hari Selasa, PH akan bertemu untuk memutuskannya," kata Anwar kepada pemberita di Port Dickson, Negeri Sembilan, hari ini.

Anwar juga mengakui PH telah menghantar seorang wakil untuk berunding dengan kumpulan Mahathir tetapi tetap mempertahankan keputusan yang akan dibuat minggu depan.

"Kami perlu putuskan terlebih dahulu, sebagai PH, untuk berunding dengan kumpulan Mahthir kerana mereka bertanding pada PRK yang lalu," katanya.


Anwar berkata, PH telah memutuskan untuk tidak bertanding dalam PRK Chini sebelum ini tetapi keadaannya berbeza sekarang.

"Pada pilihan raya kecil yang lalu di Chini, tentunya kebimbangan kita adalah mengenai Covid-19 dan ruang lingkup kempen sangat terbatas sehingga kita memutuskan untuk tidak meletakkan calon kita.

"Tetapi kita harus mengkaji semula keputusan itu. Kita akan keluarkan keputusan itu pada Selasa," katanya.



Kerusi Dun Slim kosong berikutan kematian mengejut penyandangnya, Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lalu.

Beliau merupakan Adun yang mempertahankan kerusi tersebut selama empat penggal iaitu sejak 2004.

Terdapat lebih 23,300 pengundi berdaftar di DUN berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Slim pada 29 Ogos ini.

-MalaysiaKini