Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PH takkan tumbang pada Februari jika beri sokongan penuh -Mahathir


Bekas Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir berkata kerajaan PH tidak akan tumbang pada Februari lalu sekiranya beliau diberikan sokongan yang penuh daripada gabungan tersebut ketika itu.

Ketika itu pemimpin-pemimpin tertinggi PH mendesak agar beliau menyatakan tarikh tetap untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.

“Bila saya letak jawatan pada Februari dan semua orang diminta menyatakan siapa yang mereka mahu, saya sepatutnya diberikan sokongan penuh oleh PH kerana mereka kata mereka sokong saya sepenuhnya.



“Tetapi entah bagaimana Anwar meyakinkan mereka dia ada majoriti dan sokongan mencukupi untuk jadi perdana menteri. Jadi PH beri nama beliau.

“Saya hanya dapat 66 undi dan Anwar dapat 92.

“Tetapi 92 undi itu sepatutnya diberikan kepada saya kerana saya sepatutnya calon mereka dan saya juga perdana menteri sebelum ini. Oleh itu, saya kalah dan Anwar juga kalah,” kata Dr Mahathir.

Sementara itu, Mahathir juga berkata Shafie merupakan pilihan yang “positif” untuk calon perdana menteri PH, memandangkan Sabah dan Sarawak telah banyak memberi sumbangan terhadap kerajaan.

BACA: Guan Eng yang cadangkan Shafie sebagai calon PM -Mahathir



“Ia sangat positif kerana Sabah dan Sarawak memberi banyak sumbangan kepada kerajaan.

“Dua negeri itu ditadbir oleh orang mereka sendiri dan melakukannya dengan sangat baik. Walaupun peringkat nasional adalah kerja lebih besar, kerajaan itu berpengalaman.

“Jadi walaupun kita ada pemimpin baharu, pentadbir berpengalaman akan sokong beliau,” katanya.

Ditanya adakah kaum Melayu di Semenanjung akan dapat menerima Shafie, Mahathir berkata ia perlu diuji dahulu

Beliau berkata Shafie mengahwini seorang wanita Melayu dari Kedah dan anak-anaknya juga berkahwin dengan pasangan dari Semenanjung.

Di samping itu, Mahathir berkata Shafie juga pernah berada dalam kerajaan persekutuan.


-MalaysiaKini