Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Rayhan Kabir berjaya ditangkap


KUALA LUMPUR – Sebuah gambar yang menunjukkan pihak polis berjaya memberkas lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir tular sejak malam tadi.

Dia diburu setelah memberikan kenyataan yang tidak berasas terhadap cara kerajaan Malaysia menguruskan warga asing ketika tempoh PKP sewaktu ditemubual agensi berita antarabangsa, Al Jazeera dalam laporan dokumentarinya sebelum ini.

Pemuda berusia 25 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.


Menurut SuaraTV, mereka masih cuba mendapatkan kenyataan rasmi dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung tangkapan tersebut.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown dengan Md Rayhan Kabir dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

dah kena tangkap ke.. Foto dari grup sebelah
Posted by Malaysian Defence and Security Community on Friday, 24 July 2020


sumber: Suara.TV