RM50 e-wallet masuk hujung Julai ini -Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-wallet pengguna mulai bulan ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata butiran termasuk mekanisme pengkreditan ke e-wallet pengguna akan diumumkan nanti.
"Kita akan kreditkan dalam bulan ini... hujung bulan," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Tekun Nasional, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif yang akan dilaksanakan menerusi program e-PENJANA bernilai RM750 juta bermula bulan ini.
Inisiatif itu yang dijangka memanfaatkan kira-kira 15 juta rakyat adalah usaha kerajaan untuk menggalakkan pembayaran tanpa sentuh. – Bharian