Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tak puas hati kalah undi lantik Speaker, kini Mahathir cuba saman Azhar dan Azalina.


Salinan termeterai saman pemula telah diserahkan kepada Azhar Azizan Harun dan Azalina Othman Said bagi mencabar pelantikan mereka sebagai speaker Dewan Rakyat dan timbalan speaker Dewan Rakyat hari ini.

Dalam satu kenyataan media hari ini, firma Tetuan Law Practice of Rafique, yang mewakili Dr Mahathir Mohamad dan empat yang lain, mengesahkan bahawa salinan termeterai saman pemula itu turut diserahkan kepada dua defendan lain.

Mahathir dan empat plaintif lain memfailkan tindakan undang-undang bagi mencabar kesahihan pelantikan itu semalam.


Selain Azhar dan Azalina, dua defendan lain yang dinamakan ialah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon dan setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin.

Selain anggota parlimen Langkawi, empat individu lain yang mengemukakan saman tersebut ialah anggota parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir;  Maszlee Malik (Simpang Renggam), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

"Pada jam 2.55 petang ini saman pemula termeterai bertarikh 23.07.2020 serta afidavit sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad yang diikrarkan pada 23.07.2020 telah diserahkan secara kendiri ke atas keempat-empat defendan di Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat, Jalan Parlimen Kuala Lumpur," jelas firma berkenaan.


Firma itu berkata pengurusan kes E-review bagi saman pemula ini telah ditetapkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Ahmad Kamal Md Shahid pada jam 9 pagi 11 Ogos.

E-review adalah satu bentuk tele-persidangan dalam talian di mana pihak-pihak yang terlibat dalam masalah undang-undang boleh menjalankan pengurusan kes dari jauh tanpa perlu datang ke mahkamah secara fizikal.

Kelima-lima plaintif, yang juga merupakan anggota Bersatu, menuntut pengisytiharan bahawa pelantikan Azhar dan Azalina tidak sah dan bertentangan dengan perintah tetap Dewan Rakyat dan Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga meminta pengisytiharan bahawa berikutan pengosongan jawatan speaker yang sebelumnya dipegang oleh Mohamad Ariff Md Yusof, semua anggota Parlimen mesti diberi peluang untuk mencari calon bagi jawatan tersebut.


Kelima-lima plaintif juga mahukan pengisytiharan bahawa jawatan speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat masih kosong sejak 13 Julai.

Untuk rekod, di dalam soal perlantikan Speaker Dewan Rakyat  tidak ada tertulis dengan jelas yang perlantikan Speaker mestilah sepanjang penggal Parlimen dan tidak boleh diberhentikan.

Perdana Menteri mempunya kuasa atas Parlimen, dan ini telah di sebut oleh bekas Speaker pilihan Mahathir sendiri iaitu Tan Sri Mohamad Ariff.

Perlantikan Azhar Harun sebagai speaker yang baharu adalah melalui undian oleh kesemua Ahli Parlimen termasuk Mahathir sendiri.

Maka agak aneh bila Mahathir dan penyokongnya yang telah menggunakan hak mengundi mempertikaikan keputusan mereka sendiri.

Lagi aneh, tidak pernah lagi mahkamah masuk campur hal-hal berkaitan sistem demokrasi di dalam Dewan Rakyat.

-Tun Carlos