Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tak suka anak-anak ambil kesempatan ketika beliau PM, Najib dedah cerita mengenai anaknya Nazif


Di dalam satu posting mengenai kes saman LHDN ke atas anaknya, DS Najib Razak juga mendedahkan cerita mengenai anaknya Nazif atau Nazifuddin yang langsung tidak pernah dibantunya untuk mendapatkan kontrak kerajaan seperti apa yang dibuat oleh Tun Mahathir terhadap anak-anak sehingga menjadi billionaire.

"Dalam kes anak saya Nazifuddin pula, kerja dia ialah sebagai pakar pelaburan yang mengumpulkan dana dari pelabur-pelabur untuk melabur bersama.

"Dia mulakan kerjayanya di UBS Wealth Management Hong Kong dan selepas dia pulang ke Malaysia, dia teruskan menjadi pakar pelaburan dalam pasaran saham Malaysia.



"Di dalam tempoh 8 tahun yang LHDN tuduh dia hutang cukai, ada beberapa kali di mana pelabur-pelabur pihak ketiga memasukkan wang kepada akaun dia untuk dia melaburr.  Ini pula dikira HASIL oleh LHDN.

"Lalu, pelaburan-pelaburan pihak ketiga dipulangkan tetapi LHDN pula mengiranya sebagai PERBELANJAAN peribadi dia - bukan pemulangan.

"Sebab itu, cukai dan penalti cukai dituntut LHDN dari dia untuk tempoh 8 tahun itu adalah sebanyak RM37.6 juta (RM4.7 juta setahun).

"Bukti pemulangan serta fakta-fakta ini ada dalam kenyataan pembelaan dia dalam mahkamah.
Tetapi di bawah undang-undang yang saya sebut tadi, mahkamah tak ada kuasa untuk pertikaikan tuntutan cukai LHDN.



"Ramai yang mungkin lupa dia adalah pakar pelaburan.

"Tanpa pengetahuan saya pada tahun 2011, dia pernah diajak seorang ahli peniaga untuk membeli 4 juta saham dengan harga 8 sen sesaham (RM320,000) dalam syarikat tersenarai Harvest Court (kini ditukar nama menjadi Anzo Holdings.

"Lalu ahli peniaga itu melantik dia sebagai pengarah.

"Selepas pengumuman dia menjadi pengarah terkeluar, harga saham syarikat mencecah RM2.14 kira-kira jam empat petang tadi, atau lebih 2,575 peratus daripada 8 sen sebelum dia diumumkan pengarah kerana ramai fikir saya seperti PM4 dan syarikat di mana anak saya akan terlibat diberi banyak kontrak-kontrak kerajaan.

"14 Nov 2011: Anak Najib jadi pengarah, harga saham melonjak"
https://www.malaysiakini.com/news/181340



"Melihat ini, saya suruh anak saya untuk letak jawatan kerana saya bimbang nama saya dan anak saya mungkin dipergunakan ahli-ahli perniagaan yang mengejar keuntungan cepat dalam pasaran saham.
Dan dia pun letak jawatan seminggu selepas dia dilantik pengarah.

"22 Nov 2011: Anak Najib berundur sebagai pengarah Harvest Court"
https://www.malaysiakini.com/news/182017

"Untuk rekod, syarikat itu tak pernah diberi apa-apa kontrak kerajaan.

"Bukan itu sahaja. Tiada seorang dari anak-anak saya pernah mendapat sebarang kontrak kerajaan sepanjang masa saya PM (walaupun ada seorang dua pernah minta saya dan marah pada saya apabila saya kata tidak boleh).

"I get no special attention or favours, says Mohd Nazifuddin"
https://themalaysianreserve.com/2017/03/31/i-get-no-special-attention-or-favours-says-mohd-nazifuddin/

BACA: Laporan anak "diarah" bayar cukai RM37.6 juta, Najib dakwa media salah lapor

-Tun Carlos