Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Teresa Kok tak puas hati kempen "Sayangi Sawitku" ditukar nama baru


Bekas menteri industri utama Teresa Kok menyatakan rasa kesal dengan penjenamaan semula kempen Sayangi Minyak Sawitku itu dengan nama baru, iaitu Sawit Anugerah Tuhan.

Kok berkata, tidak dapat dipastikan sama ada kempen dengan slogan baru itu disasarkan untuk pasaran domestik atau turut melibatkan komuniti antarabangsa.

“Apakah slogan Sawit Anugerah Tuhan adalah untuk kempen yang menyasarkan warga Malaysia atau warga asing?

“Sekiranya ia juga merupakan kempen yang menyasarkan masyarakat antarabangsa, maka slogan bagi kempen penerangan kelapa sawit ini haruslah kekal sebagai Love MY Palm Oil atau Sayangi Sawitku,” kata Kok dalam satu kenyataan.



Pada 22 Julai lalu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali mengumumkan di Dewan Rakyat, kempen Sayangi Minyak Sawitku yang dimulakan kerajaan PH kini dijenamakan semula sebagai Sawit Anugerah Tuhan.

Mohd Khairuddin berkata nama baru itu adalah “lebih baik” berbanding sebelumnya.

Mengulas lanjut, Kok berkata cabaran yang dihadapi industri kelapa sawit ialah persepsi negatif terhadap eksport negara yang ketiga besar itu.

"Sawit memanglah anugerah Tuhan kepada dunia, tetapi bila saya melancarkan kempen Sayangi Sawitku, saya bukan menyasarkan warga Malaysia sahaja, tetapi saya juga menjalankan kempen yang menyasarkan warga asing dan masyarakat antarabangsa dari Malaysia, iaitu from Malaysia, we speak to the world.



"Itu sebab kami mewujudkan slogan dalam bahasa Inggeris Love MY Palm Oil.

“MY itu bermaksud Malaysia. Slogan dalam bahasa Inggeris ini adalah strategi sambil menyelam minum air untuk memberi penerangan tentang kelapa sawit Malaysia ke seluruh dunia," katanya.

Justeru kata Kok, slogan berkenaan tidak seharusnya bertukar kerana perubahan kerajaan ataupun penggantian menteri agar kesinambungan mesej kepada masyarakat antarabangsa dipertahankan.

Kempen Sayangi Minyak Sawitku dilancarkan Jan 2019 oleh Kok sebagai galakan supaya rakyat meminum sesudu minyak kelapa sawit merah setiap hari bagi menyokong industri sawit negara yang jatuh teruk setelah Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

-MalaysiaKini