Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

VIDEO: Detik cemas ibu campak anak daripada pangsapuri terbakar


Seorang pemain ragbi Amerika Syarikat digelar sebagai ‘hero’ selepas tindakan pantasnya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang dijatuhkan dari sebuah bangunan yang terbakar.

Rakaman video tersebut telah viral di media sosial dan kebanyakan netizen memuji tindakan berani lelaki berkenaan.

Menerusi laporan yang dipetik daripada Mirror UK,  ketika kejadian, individu terbabit yang dikenali dengan nama Philip Blanks sedang melawat rakannya di lokasi berhampiran.

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi keriuhan suara yang datangnya dari luar bangunan pangsapuri di Arizona.


Philip kemudian bergegas ke bangunan tersebut untuk mengetahui punca sebenar kekecohan yang berlaku itu. Setibanya di sana, dia mendapati sebuah unit di pangsapuri berkenaan telah terbakar.

Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila dia melihat seorang wanita, Rachel Long sedang ‘bergelut’ dengan api bersama anaknya di pangkuan.

Kanak-kanak selamat di pangkuan

Jiran tetangga yang berada di situ turut menjerit supaya dia melepaskan anak lelakinya itu ke bawah bangunan.

Tanpa berfikir panjang, wanita berkenaan telah menjatuhkan anak lelakinya yang berusia 3 tahun itu dari tepi bangunan tersebut dan Philip berjaya menyambut kanak-kanak itu ke dalam pangkuannya.


Selepas itu, mereka meminta Rachel supaya terjun untuk menyelamatkan dirinya daripada terus terbakar.

Menurut saksi, wanita berkenaan dilihat tidak cuba untuk menyelamatkan dirinya sebaliknya dia telah masuk kembali ke dalam rumahnya itu untuk mencari anak perempuannya yang berusia 8 tahun.

Menurut sumber, wanita terbabit disahkan meninggal dunia manakala kedua-dua anaknya telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan berikutan dengan kecederaan yang dialami mereka.

Sumber: Sky News