Bukti polis buat kerja, Ketua Polis Sungai Buloh bawa media ke premis judi yang tular
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar mengajak semua pengamal media ke premis perjudian yang ditularkan semalam di lokasi Bandar Baru Sungai Buloh.
Menurut Shafa'aton, premis tersebut telah diserbu pada 2 minggu yang lepas dan telah didapati kosong dan tidak lagi beroperasi.
Ini bagi membuktikan dakwaan pemilik FB Hot Burger Malaysia terhadap polis tidak tepat kerana polis sentiasa ambil tindakan jika diberi maklumat yang tepat terhadap aktiviti perjudian.
Saksikan video tinjauan bersama media di bawah:
[LIVE] Sidang media tergempar oleh Ketua Polis Daerah Sungai Buloh
[LIVE] Tinjauan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar ke premis perjudian yang ditularkan di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh. Lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin.
Posted by Sinar Harian on Saturday, 8 August 2020