Bunuh Pensyarah: Penyelam Polis gagal temui telefon bimbit mangsa
Pihak Polis gagal temui bahan bukti bagi kes pembunuhan seorang pensyarah di Tasik Taman Putra Perdana
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kembali ke Tasik Taman Putra Perdana untuk meneruskan siasatan kes pembunuhan seorang wanita di dalam sebuah kereta di Taman Mas Putra Perdana, Rabu lalu.
Penyelam polis menyelam ke dasar tasik berkenaan untuk mencari bahan bukti bagi membantu siasatan.
Suspek yang berpakaian reman dan bergari juga dibawa kelokasi kejadian bagi menunjukkan lokasi telefon bimbit mangsa dibuang.