Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dr Noor Hisham dikurniakan gelaran "Tan Sri"


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan gelaran Tan Sri yang diterimanya hari ini sebagai penghargaan buat semua warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan penjawat awam.

"Alhamdulilah. Ini merupakan satu penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Ia sekali gus merupakan lambang kepercayaan dan penghargaan Kerajaan kepada penjawat awam," katanya kepada Astro Awani.


Dia antara individu yang dikurnia Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Ia dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat di Istana Melawati, Putrajaya.

Selain Dr Noor Hisham, sejumlah besar petugas barisan hadapan dan warga KKM pelbagai latar belakang turut dikurnia pelbagai pingat.