Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Facebook disaman Mahkamah Agung Brazil, gagal sekat berita palsu


BRASILIA – Seorang hakim Mahkamah Agung di Brazil menjatuhkan hukuman denda sebanyak 1.92 reais (AS$367,710) ke atas Facebook kerana gagal mematuhi perintah menyekat sesetengah akaun yang dikawal oleh penyokong Presiden Jair Bolsonaro di peringkat global.

Akaun-akaun tersebut didakwa menyebarkan berita palsu berhubung berita-berita mengenai inkuiri presiden berkenaan.

Hakim Alexandre de Moraes menjatuhkan hukuman tersebut kerana akaun-akaun berkenaan hanya disekat di Brazil tetapi masih boleh diakses menggunakan alamat IP asing.


Sebelum hukuman diumumkan, Facebook memberitahu, mereka akan membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Rangkaian media sosial terbesar dunia itu berkata, mereka menghormati undang-undang setiap negara di mana mereka beroperasi bagaimanapun mendakwa, “undang-undang Brazil mempunyai kuasa yang terhad.”

Syarikat tersebut tidak membuat sebarang komen selepas hukuman tersebut dijatuhkan.

– Agensi