Fitnah dan tohmahan ke atas PDRM dan MBSA, pemilik FB Hot Burger Malaysia berdepan tindakan
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar telah membuat laporan polis berkenaan kes fitnah dan tohmahan terhadap Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berikutan video premis judi tular di kawasan Sungai Buloh yang dimuatnaik oleh Facebook Hot Burger Malaysia.
"Pada 8/8/2020 satu pegawai polis telah membuat satu laporan polis ekoran video telah tular di laman FB Hot Burger Malayisa yang dikongsikan oleh pemilik akaun FB Asri Janggut di mana kandungan dalam video tersebut telah membangkitkan satu isu kegiatan perjudian di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh."
"Selain itu penama juga telah memuat naik status yang berbunyi beliau berkumungkinan akan dibunuh atas tindakan memuatnaik turun video di dalam laman sosial."
"Dalam video tersebut juga didapati pemilik akaun tidak berpuas hati terhadap penyitaaan ke atas gerai burger milik berliau yang dilakukan oleh pihak MBSA."
"Pengadu merasakan video yang tular di media sosial itu boleh menimbulkkan fitnah dan merosakkan imej pengadu sebagai Ketua Polis Balai Daerah Sungai Buloh, PDRM dan juga kredibiliti Ketua Polis Selangor dalam menangani kegiatan perjudian di Sungai Buloh kerana maklumat yang disalurkan dalam video itu adalah tidak tepat.
"Pihak polis telah membuaka kertas siasatan terhadap kedua-dua laporan polis yang dibuat oleh pihak Polis DiRaja Malaysia dan juga MBSA di bawah seksyen 504 kanun keseksaan dan seksyen 233 akta komunikasi multimedia"
"Pemilik akaun Asri Janggut telah dikenalpasti dan akan dipanggil untuk memberi keterangan" ujar Shafa'aton.
Menurut beliau, ekoran daripada tularnya video tersebut pihak polis Sungai Buloh telah membuat 6 serbuan di tempat berasingan iaitu di sekitar Bdr Baru Sungai Buloh sepertimana yang telah diviralkan.
Dalam serbuan tersebut pihak polis telah berjaya menangkap 2 lelaki warganegara Bangladesh dan merampas 4 tablet jenama Jumper, satu tablet kawalan utama jenama Jumper, 1 modem dan wang tunai sebanyak RM114.
Manakala di dalam 5 serbuan di tempat berasingan, pihak polis terpaksa memotong pintu dengan menggunakan peralatan pemotong besi untuk membuka premis yang berkenaan.
Hasil pemeriksan didapati bahawa premis tersebut tidak beroperasi dan tiada kegiatan perjudian di dalam premis berkenaan.
Menurutnya lagi beberapa minggu sebelum video itu tular, pihak polis telah pun membuat 11 serbuan di lokasi yang didakwa. Sebanyak 10 orang penjaga termasuk 13 pelanggan telah ditangkap.
Shafa'aton menegaskan bahawa pihak polis khasnya ibu pejabat polis daerah Sungai Buloh tidak pernah berkompromi dengan mana-mana sendiket perjudian dan penyeludupan seperti yang didakwa oleh video tersebut.
Pihak polis sentiasa mengambil tindakan tegas dan tindakan berterusan untuk membenteras kegiatan perjudian khasnya di kawasan ibu pejabat polis daerah Sungai Buloh.
Menurut statistik beberapa serbuan telah dibuat oleh pihak polis yang membuktikan bahawa pihak polis tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana sendiket perjudian dan tidak pernah menutup sebelah mata terhadap apa sahaja aktiviti-aktiviti yang dilakukan di daerah Sungai Buloh ini.
Pada tahun 2019 sebanyak 91 serbuan telah dibuat ke atas pusat perjudian, tangkapan sebanyak 107 orang, 44 biji laptop, 352 tab, 19 handphone, keseluruhan adalah RM12,931.
Bagi tahun 2020 sebanyak 40 serbuan dibuat, tangkapan penjaga 46 orang, pemain 46 orang, laptop 47 biji, tab 177 biji, rampasan duit RM8,311.
BACA: Bukti polis buat kerja, KP Sg Buloh bawa media ke premis judi yang tular
"Saya menyeru kepada orang ramai agar meyalurkan apa sahaja maklumat yang diperolehi berkaitan perjudian, dadah scammer dan juga PATI di daerah Sungai Buloh.."
"Maklumat juga boleh dsalurkan melaui applikasi VSP dimana identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan."ujar Shafa'aton.
VIDEO: Sidang Media Tergempar Ketua Polis Sungai Buloh
-Tun Carlos