Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ikat jamin RM1 Juta, Guan Eng didakwa minta 10% dari keuntungan Zenith Construction


KUALA LUMPUR: Bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Mahkamah Sesyen hari ini mengaku tak bersalah terhadap tuduhan rasuah berkaitan projek terowong dasar laut dan jalan.

Menurut kertas pertuduhan, Lim dituduh, semasa menjawat jawatan ketua menteri, secara rasuah meminta bagi diri sendiri balasan berupa 10% daripada keuntungan yang akan diperolehi kelak daripada Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, sebagai upah membantu syarikat itu dilantik untuk melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut dan jalan.



Lim, yang juga setiausaha agung DAP, dituduh mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, bagi kesalahan menerima rasuah.

Zenith dianugerahkan kontrak untuk melaksanakan projek terowong dasar laut itu yang menghubungkan pulau dengan tanah besar serta 3 jalan utama.

Lim didakwa melakukan kesalahan itu pada Mac 2011, berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur.

Akta memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun, dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

-FMT