"Kalau marah sama Abang Hot Burger, jangan sampai satu Sungai Buloh MBSA serang," luah peniaga
Sejurus setelah viralnya video Asri Janggut sehingga mendapat perhatian daripada Ketua Polis Negara dan juga Menteri Kementerian Dalam Negeri, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah meningkatkan lagi ketegasan mereka menjalankan penguatkuasaan.
Operasi besar-besaran telah dilakukan. Banyak premis-premis termasuk kilang-kilang sehinggalah peniaga-peniaga gerai kecil di tepi jalan sekitar Bandar Baru Sungai Buloh telah menerima notis perobohan semua struktur yang tidak mengikut kelulusan MBSA.
Pengerusi Persatuan Penduduk serta wakil peniaga di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh telah berjumpa Ahli Parlimen Sungai Buloh bersama Ahli Majlis MBSA, Pegawai PRO MBSA, PDRM bagi meluahkan kekecewaan mereka.
Perjumpaan wakil peniaga Bdr Baru Sg Buloh bersama Ahli Parlimen |
Seorang peniaga yang telah berniaga sejak puluhan tahun juga turut terjejas apabila menerima notis untuk merobohkan warung makan tepi jalan yang berlokasi di hadapan kilang.
Menurutnya selama berpuluh tahun berniaga di situ, memang sering dikenakan kompaun tapi tidaklah sehingga diberi notis untuk roboh seperti kali ini.
"Satu Bandar Baru Sungai Buloh kena notis, alang-alang nak bagi notis bagi untuk satu negeri baru adil."ujarnya
"Tindakan Balas Dendam MBSA kepada semua peniaga jalanan Sg.Buloh???" Kami Peniaga Sungai Buloh menyokong tindakan Abg...
Posted by Plonxbox on Monday, 10 August 2020
"Peniaga kecil-kecil berniaga nasi lemak, peniaga kueh,goreng pisang di depan rumah...untung RM30 sehari...Pun sama dan kena clearkan tak boleh berniaga..."
"Esok makcik-makcik ni nak kena beratur pusat zakat mohon bantuan untuk bukak kedai dah...
Kami tak marah..Kami fikirkan peniaga-peniaga kecil-kecilan jugak..."
"MBSA kalau marah sangat dengan Abg Hot Burger..jangan lah sampai satu Sungai Buloh kena serang."ujar peniaga itu lagi.
Menurut Ahli Parlimen YB Sivarasa Rasiah, setelah mendengar keluhan peniaga yang terjejas akibat kes yang tular, perkara ini akan dibawa ke peringkat atasan MBSA untuk tindakan lanjut.
sumber: FB Plonxbox