Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kecoh, lelaki "gelang pink" di Airport Langkawi, Polis minta jangan panik


LANGKAWI: Polis daerah ini mengesahkan lelaki warga asing yang dikesan memakai gelang merah jambu di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) sudah disaring petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan negatif COVID-19.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pengesahan itu dibuat petugas KKM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang memaklumkan lelaki berusia 64 tahun itu sudah diberi kebenaran menjalani kuarantin kendiri di rumahnya di Pantai Chenang, di sini.

Mengulas lanjut, pihaknya segera melakukan pemantauan ke atas lelaki terbabit yang baru tiba di LTAL petang ini, selepas menerima laporan daripada Polis Bantuan di lapangan terbang itu.




Katanya, lelaki warga Perancis itu dilaporkan tiba di LTAL dari KLIA dengan menaiki pesawat Malindo Air pada jam 2.50 petang ini.

"Siasatan mendapati lelaki itu menaiki pesawat Qatar Airways dari Paris semalam ke Doha, seterusnya ke KLIA menaiki pesawat sama dan tiba di KLIA jam 8.25 pagi tadi.

"Ketika di KLIA lelaki itu sudah disaring petugas KKM dan keputusannya negatif virus COVID-19, namun diarahkan menjalani kuarantin di rumahnya di Pantai Chenang di sini.




"Lelaki itu juga perlu bertemu Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kedah pada 1 September ini untuk menjalani ujian kedua COVID-19," katanya.

Beliau berkata, polis dan KKM Langkawi akan melakukan pemantauan ke atas lelaki terbabit dari semasa ke semasa untuk memastikan beliau mematuhi perintah kuarantin ditetapkan.