Kes Saman Isu TH: Mahkamah arah Mujahid bayar RM2000 kepada Asyraf Wajdi
Bekas Menteri Agama, Dr Mujahid telah menyaman ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi dalam isu penjualan saham TNB oleh Tabung Haji.
Mujahid mendakwa Ashraf telah melakukan fitnah terhadapnya. Di dalam penyataan saman kali pertama, Mujahid mengatakan bahawa beliau tiada sebarang kuasa bagi meluluskan sebarang penjualan aset institusi tersebut.
Masalahnya, berdasarkan Seksyen 20 (2) Akta Tabung Haji 1995, sebarang urusan berkaitan pelaburan yang dibuat oleh institusi tersebut WAJIB MENDAPAT PERSETUJUAN MENTERI.
Betapa besarnya kuasa Menteri Agama dalam Tabung Haji sehinggakan jika TH nak buat pinjaman 10 sen daripada institusi lain pun, mesti mendapat kelulusan Menteri dahulu (Seksyen 18)
Jadi apabila Mujahid tersedar / disedarkan, beliau telah memohon untuk meminda pernyataan tersebut di mahkamah dengan membuang kenyataan yang mengakui beliau tiada apa-apa kuasa tadi.
Disebabkan itu, mahkamah telah mengarahkan beliau membayar RM2000 kepada Dr Asyraf selepas pindaan itu dibenarkan.
Menjadi persoalan, selama 22 bulan ni Dr Mujahid sedar atau tidak kuasa dia sebagai Menteri ke atas Tabung Haji?
Sumber:
Ok ini memang kelakar. Kisah Dr Mujahid kena bayar Dr Asyraf RM2k Kisahnya Mujahid telah menyaman Dr Asyraf dalam isu...
Posted by Abdul Rahim Hilmi Zakariya on Saturday, 15 August 2020