Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

KJ buka mulut mengenai isu projek Kereta Nasional Ke-3


Umum tahu, sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan, kerajaan terdahulu terutama Perdana Menterinya Tun Dr Mahathir pernah meluahkan hasrat dalam mengusahakan projek kereta nasional ketiga yang bakal disertakan dengan teknologi terbaharu dan inovatif.

Projek kereta nasional ini walau bagaimanapun telah menerima pelbagai kritikan daripada orang ramai. Tetapi ada juga segelintir menyokong melihatkan masa depan industri automotif yang menggunakan tenaga elektrik.

Hampir setahun tanpa sebarang perkembangan terbaharu, YB Khairy Jamaluddin yang kini merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) tampil untuk menjawab isu projek kereta nasional ketiga sewaktu sidang dialog umum berkaitan Persekitaran Teknologi pada 19 Ogos lalu.


Menurut beliau, sepanjang beliau menjawat jawatan terbaharu ini, projek kereta nasional ketiga tidak pernah dibincangkan sama sekali.

Beliau juga berpendapat adalah satu kerugian sekiranya projek tersebut dihasilkan menggunakan teknologi ICE (enjin pembakaran dalaman seperti diesel, petrol atau gas).

“Projek syarikat kereta nasional sudah lama terlepas gerabak”, tambah beliau. Sudah agak terlambat jika Malaysia mahu sekali lagi tampil dengan kereta Nasional.

Dalam pada itu, YB Khairy bersetuju sekiranya bantuan dan dana diberikan kepada syarikat yang mahu menghasilkan teknologi kereta elektrik (EV) meskipun agak sangsi sama ada projek yang dibangunkan mampu tampil kompetitif mahupun tidak. -TheVocket