Lim Guan Eng tiba di mahkamah, laungan "perompak" dan "jangan lupa makan Super Ring" kedengaran
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru saja tiba di mahkamah Jalan Duta tepat jam 9 pagi dengan menaiki kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dikawal beberapa pegawai SPRM.
Orang ramai termasuk pengamal media menunggu di perkarangan mahkamah sejak jam 8 pagi.
Sejurus Guan Eng keluar dari kenderaan SPRM, pengamal media bersesak-sesak untuk mendapatkan gambar.
Keadaan menjadi kecoh, kedengaran orang ramai menjerit perkataan "perompak" dan juga "jangan lupa makan Super Ring" ketika Guan Eng diiring masuk ke dalam mahkamah.
Lim Guan Eng dijadualkan didakwa pada jam 9 pagi di Mahkamah Duta hari ini.
Kelmarin, SPRM telah mendapat izin untuk mendawa daripada Peguam Negara bagi menuduh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng mengenai kes skandal projek terowong Pulau Pinang.
Lim Guan Eng juga akan turut didakwa di Mahkamah Seksyen Pulau Pinang pada 11 Ogos 2020 nanti, jam 9 pagi.
-TunCarlos.com