Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mahathir berang orang masih dakwa beliau "letak jawatan"



"SAYA tidak letak jawatan. Ahli daripada kerajaan mungkin tidak faham Perlembagaan kita, apabila parti Bersatu keluar dari Pakatan Harapan (PH), maka PH pun jatuh tak jadi kerajaan lagi," kata Tun Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi).

"Jadi macam mana saya nak letak jawatan lagi, saya dah tak ada jawatan. Ini saya fikir payah nak difahami... diulang perkara ini berkali-kali macam tak boleh dengar ke tak tahu lah."dakwanya kelihatan sedikit berang.

Dr Mahathir yang juga mantan Perdana Menteri berkata, beliau tidak boleh lagi menyandang jawatan Perdana Menteri apabila PH sudah tidak menjadi kerajaan.



Mahathir berkata beliau hanya memberitahu YDP Agong untuk meletakkan jawatan, tetapi sebenarnya tiada perletakan jawatan.

"Tetapi sebenarnya tak ada peletakan jawatan. Saya cuma memberitahu kepada Yang di-Pertuan Agong keadaannya iaitu saya letak jawatan."ujarnya

"Ini bukan bermakna saya buat keputusan sendiri nak letak jawatan. Apabila parti saya keluar dari PH, PH tak jadi kerajaan lagi dan semua ahli PH tentulah tergugur kerana tindakan itu," katanya ketika membahaskan usul Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan 2020) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika bangun mencelah perbahasan Datuk Hasbulllah Osman (BN-Gerik).


Sebelum itu, Hasbullah berkata, adalah tidak munasabah pihak pembangkang menuduh mereka menjatuhkan kerajaan kerana Perdana Menteri ketika itu (dari kerajaan PH) yang meletak jawatan.

Untuk rekod, semasa titah YDP Agung di Dewan Rakyat, baginda sendiri telah memberitahu kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Tun Mahathir sendiri yang mahu letak jawatan pada ketika itu walaupun sudah dihalang beberapa kali oleh baginda.

Mahathir meletakkan jawatan ekoran desakan daripada Ahli Parlimen PH yang meminta beliau melepaskan jawatan kepada Anwar Ibrahim dengan secepat mungkin sebelum bulan Mei 2020 yang lalu,

Tindakan Ahli Parlimen pro-Anwar ketika itu tidak disenangi oleh Bersatu dan juga kem Azmin Ali dari PKR.

-Tun Carlos/ HMetro