Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mukhriz dedah logo baru parti PEJUANG seakan logo pasukan bola JUVENTUS


Mukhriz Mahathir berharap Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan mempercepat pelulusan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebagai sebuah parti politik yang sah.

Dia yang merupakan presiden penaja (interim) Pejuang berkata demikian selepas menghantar permohonan rasmi bersama-sama pengasas parti itu yang lain, di ibu pejabat ROS di Putrajaya hari ini.

"Pada petang ini, kami bertujuh telah mengemukakan permohonan secara rasmi kepada ROS untuk mendaftarkan Parti Pejuang Tanah Air. Kami juga telah buat permohonan secara atas talian.


"Seperti biasa ROS akan meneliti setiap butiran permohonan ini untuk pastikan kita memenuhi semua syarat dalam Akta Pertubuhan 1966.

"Kita harap pihak ROS dapat meluluskan pendaftaran ini sesegera yang mungkin, agar kami dapat ambil peranan secara langsung dalam demokrasi di negara ini sebagai parti berdaftar," katanya kepada pemberita.

Tujuh pengasas parti tersebut adalah bekas pemimpin dan anggota Bersatu iaitu Mukhriz, Mahathir Mohamad, Marzuki Yahya, Maszlee Malik, Amiruddin Hamzah, Shahruddin Md Salleh, and Mohamad Nuhairi Rahmat.


Turut bersama-sama Mukhriz hari ini ialah Maszlee, Marzuki dan Sahruddin. Mahathir bagaimanapun tidak hadir.

Tiru logo Juventus

Walaupun begitu, logo terbaru parti baru itu menjadi perbualan netizen kerana didakwa seakan-akan meniru logo pasukan bolasepak Eropah iaitu Juventus yang juga mempunyai ciri-ciri corak dan kaektor logo yang sama seperti ada 3 bintik di atas dan sebagainya.



Walaubagaimanapun Mukhriz yang merupakan bekas timbalan presiden Bersatu turut menunjukkan lambang parti itu berasal dari huruf jawi 'pha'.

"Pa untuk pejuang dengan tiga titik di atas melambangkan iman, Islam dan Rukun Negara.

"Kita harap ia jadi simbol perjuangan untuk masyarakat Melayu dan masyarakat Malaysia amnya.

"(Logo) juga kelihatan seperti perisai, untuk pertahan maruah rakyat dan orang Melayu," katanya lagi, yang dijangka akan menjadi presiden parti baru itu.

Selepas kelulusan dari ROS, kata Mukhriz, mereka akan bermesyuarat dan melantik 21 ahli majlis eksekutif.