Najib dedah kebodohan Ahli Parlimen PH selepas pertikai tindakan Speaker tangguh sidang 10 minit
ULASAN NAJIB: RUU bajet tambahan kerajaan PN untuk melawan krisis ekonomi Covid hari ini yang ditolak PH dan PM7 telah berjaya diluluskan dalam parlimen dengan undi belah bahagi.
Namun, Ahli Parlimen PH tak puas hati dan persoalkan kenapa Speaker tangguh dewan untuk tempoh 10 minit untuk benarkan ahli-ahli parlimen masuk ke Dewan untuk mengundi.
Antara yang bangun mempersoalkan 'penangguhan' itu adalah Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru), Khalid Samad (PH-Shah Alam) dan R Sivarasa (PH-Sungai Buloh).
Bekas Menteri Kesihatan PH lagi parah. Dia buat tweet yang berbunyi seperti di bawah:
Penangguhan 10 minit kerana ikut SOP Covid-19
Sebenarnya penangguhan 10 minit pernah dimaklumkan dalam Dewan minggu lepas pada 11 Ogos 2020 kerana SOP Covid menghadkan hanya 4 orang boleh menggunakan lif pada setiap masa.
"Seperti petua yang saya berikan 11 Ogos, saya tempohkan mesyuarat dewan selama 10 minit," kata Azhar sebelum melangkah keluar dari Dewan Rakyat."
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/08/611235/gamat-speaker-keluar-dewan
Masa itu, tiada seorang PH pun membantah masa itu. Namun PH tak malu dan kata penangguhan 10 minit ini tidak pernah berlaku.
Unprecedented, Ya? Nampaknya Dr Dzul contoh Melayu mudah lupa yang disebut PM7.
Biar saya muat naik semula video untuk ingatkan dorang.
Pada bulan November 2019, PH hampir kalah undi bajet. Lalu, Timbalan Speaker PH pun bunyikan loceng 2 minit. Jelutong minta tangguh 10 minit walaupun tiada pun Covid menular masa itu.
Lepas itu, Timbalan Speaker yang juga ahli parlimen PH diganti Speaker Mohd Arf supaya timbalan speaker boleh mengundi.
Masa itu, Jelutong dan geng-gengnya kuat berusaha untuk telefon dan whatsapp kawan-kawan mereka untuk masuk ke dewan.
Setelah tunggu hampir 30 minit untuk ahli parlimen PH masuk ke dewan dan untuk kira sekita 70 undi, barulah Speaker PH umumkan bahawa PH berjaya mendapat undi yang cukup untuk luluskan bajet.
Hari kemudiannya pula, pelbagai alasan diberi PH kenapa dorang poteng beramai-ramai sehingga mereka hampir kalah.
Letihlah. Pukul 9pm dah lewat lah. Dewan terlalu sejuk lah dan sebagainya.
Paling hipokrit sekali ialah ahli parlimen DAP Hannah Yeoh yang tuduh kita bermain politik dengan peruntukkan bagi Rakyat kerana kita undi untuk tolak bajet diorang.
Eh... yang korang bantah dan tolak bajet untuk bantuan Covid pada ketika ramai Rakyat susah dan hilang pekerjaan, boleh pulak?
Korang tonton semula video hari itu supaya korang jgn jadi Melayu mudah lupa dan hipokrit.
RUU bajet tambahan kerajaan PN untuk melawan krisis ekonomi Covid hari ini yang ditolak PH dan PM7 telah berjaya...
Posted by Najib Razak on Monday, 17 August 2020