Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PEJUANG, nama parti baru Mahathir dan anaknya untuk lawan Najib



Parti baru Dr Mahathir Mohamad dan anak lelakinya Mukhriz akan dikenali sebagai “Pejuang” bagi melawan kleptokrasi dan juga Najib Razak.

Anggota parlimen Langkawi dan bekas perdana menteri mendedahkan perkara itu dalam catatan di blog, dalam gaya seakan-akan sajak, sebentar tadi.

"Kita tubuh parti untuk selamatkan kita. Parti kita dihijack untuk selamatkan musuh kita. "

"Demikian Bersatu. Ditubuh untuk hapuskan Kleptokrat. Sekarang beralih untuk selamat Kleptokrat.
Kerana apa? kerana jawatan dan wang."



"Perjuangan asal dibelakangkan. Perjuangan sekarang berasas kepada “apa aku dapat”.
Jalan mudah. Terima sahaja apa yang ditawar."

"Jika ada sesuatu yang boleh hancur Melayu. Mengutama apa aku dapat adalah cara hancur orang Melayu. Kenapa? Kerana mengutama apa aku dapat, membelakangkan kepentingan Melayu."

"Lihat peristiwa jual tanah.Ya. Jual tanah dapat duit. Duit habis, tanah sudah tergadai.
Apa yang tinggal pada penjual. Nothing."



"Lihat Melayu negara jiran. Melayu lagikah negara mereka? Jual tanah sama dengan jual hak. Lama-kelamaan jual negara. Tidak ada hak lagi. Maka hancurlah Melayu. "

"Siapa yang salah?Orang lainkah? Pilihlah."

"Parti kami ditubuh kerana kesedaran. Rasuah menghancur bangsa. Rasuah yang hancur orang Melayu."

"Jika ingin dapat jawatan dan wang. Pilih parti lain. Jika ingin tebus maruah. Jika ingin kekal hak kita. Pilih parti kami. Pilih PEJUANG."ujar Mahathir di posting terbarunya.



Setakat ini belum jelas sama ada ia hanya menggunakan Pejuang sebagai nama penuh atau hanya singkatan bagi perkataan tertentu.

Mahathir pada 7 Ogos lalu mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baru akan berasaskan perjuangan Melayu dan pribumi, seperti Bersatu yang diasaskannya sebelum ini.

Langkah itu diambil setelah usaha mencabar pemecatannya sebagai pengerusi Bersatu, bersama beberapa lagi anggota parlimen yang menyokongnya, di mahkamah dilihat melalui jalan sukar.

Parti itu buat sementara waktu akan diterajui oleh Mahathir sebagai pengerusi PEJUANG dan beliau melantik anaknya sendiri Mukhriz sebagai presiden PEJUANG