Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pengarah Penguatkuasa MBSA pula ditahan SPRM, lindungi premis haram di Sg Buloh


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan pengarah penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), menjadikannya individu ke-9 ditahan dalam kes melindungi perniagaan haram dan perjudian di Sungai Buloh setakat ini.

Sumber memberitahu FMT, lelaki berusia 59 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM 10 pagi tadi dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok pagi untuk mendapatkan perintah reman.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, tetapi enggan mengulas lanjut.


Terdahulu, 3 penguatkuasa MBSA direman 6 hari kerana disyaki menjadi sebahagian daripada sindiket sama hari ini, selepas 4 penguatkuasa dan seorang peniaga direman 7 hari Rabu lalu.

Isu itu menjadi hangat selepas 2 klip video disebarkan di Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, yang dikenali sebagai Asri Janggut, mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Susulan pendedahan itu, SPRM melakukan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman. – FMT