Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PRK Slim: Tarik telinga jika susah nak jumpa, calon Pejuang berseloroh


PRK SLIM l Calon Bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili parti Pejuang berjanji kepada pengundi di kawasan Slim bahawa mereka boleh menarik telinganya jika tidak dapat berjumpanya selepas diberi mandat menjadi wakil rakyat.

Berucap pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, calon yang mewakili parti baru yang ditubuhkan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad itu berkata, bahawa adalah penting bagi setiap pengundi untuk memastikan mereka sentiasa boleh dijumpa dengan wakil rakyat yang dipilih.

"Kalau pengundi Slim memilih saya sebagai wakil rakyat, yang pertama saya akan pastikan pengundi Slim boleh berjumpa dengan saya.


"Jika, kalau satu hari ini nanti pengundi tak dapat jumpa saya, jika saya dipilih sebagai wakil rakyat, susah nak jumpa saya... (pengundi) boleh tarik telinga saya. Itu janji saya," katanya secara berseloroh.

Terdahulu, beliau berucap pada satu majlis anjuran DAP di hadapan lebih 100 pengundi kaum India di Kampung Bahru Hendra, Slim River.

Turut hadir, Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran dan Adung Sungkai A Sivanesan.

"Saya percaya pengundi DUN Slim perlu seorang wakil rakyat yang sentiasa boleh dijumpa. Pengundi di sini perlukan seorang pemimpin wakil yang boleh beritahu orang atasan ini masalah kami.


"Contohnya, longkang sumbat di mana nak adu? Kepada wakil rakyat kan. Tapi macam mana kalau kita tak dapat jumpa wakil rakyat kita? Nak cari wakil rakyat kita pun susah.

"Jadi disebabkan itu, saya janji kepada pengundi DUN Slim bahawa saya sentiasa akan turun padang," katanya.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai. Pengundian ditetapkan pada 29 Ogos.

Mohd Zaidi akan berdepan calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan Santharasekaran Subramaniam.

Pakatan Harapan (PH) tidak bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Pada PRU14, BN menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.