Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PRK Slim: Tun Mahathir "sekolahkan" Amir Khusyairi atas pentas (VIDEO)



TANJUNG MALIM: Berbaki dua hari sebelum pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kemunculan bagi membantu calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi pada Khamis.

Dalam sesi 'Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad', pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu  kepada Amir Khusyairi agar tidak 'menjual diri' kerana wang.

Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa, ramai ahli politik ketika ini bertindak melompat parti selepas dibayar oleh pihak-pihak tertentu.


"You janji tahu, bukan kerana duit... jangan kerana BN (Barisan Nasional) datang kata kepada you 'kami akan bagi RM 5juta kalau lompat, dan kau pun ... (membuat gaya melompat)'.

"Tak bolehlah macam itu... orang ini semua (pengundi) pilih bukan nak bagi harga you naik. Dia pilih sebab nak (calon) berkhidmat kepada semua orang ini (pengundi DUN Slim).

Di samping itu juga, Mahahtir juga turut prihatin dengan masalah orang Felda di situ dan mahu calon pilihannya menyelesaikan masalah orang-orang Felda.

"Saya baca banyak masalah orang Felda ini, ada yang berhutang sampai RM100,000 dan tak boleh bayar... ada yang dijanjikan bayaran, tak dibayar. Jadi, ini semua tanggungjawab tahu," kata beliau di sini hari ini.




Teguran tersebut kemudian disambut oleh Amir Khusyairi yang bertanding atas tiket Bebas namun mewakili Pejuang, dengan menunjukkan tabik hormat dan berikrar untuk tidak berbuat demikian.

"Dia ikrar ini depan semua orang, kalau dia tak buat, nanti saya godam (pukul)," tambah Dr Mahathir secara berseloroh.

PRK DUN Slim menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon BN, Mohd Zaidi Aziz, dan dua calon Bebas iaitu Amir Khusyairi dan S Shantarasekaran.