Sah, Guan Eng dibawa ke SPRM menaiki Vellfire
PUTRAJAYA – Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dilihat memasuki SPRM pukul 9.10 malam dan Setiausaha Agung DAP itu menaiki kenderaan Vellfire putih dengan diiringi sebuah kereta Mercedes Benz berwarna perak.
Wakil media yang berkumpul di hadapan premis itu sejak 7.30 malam sempat merakamkan kemunculannya Guan Eng namun pemimpin Pakatan Harapan itu tidak menurunkan cermin tingkap kenderaan.
Bagaimanapun belum dapat dipastikan sama ada peguamnya RSN Rayer menemaninya kali ini kerana Ahli Parlimen Jelutong itu sebelum ini dilihat menemani Guan Eng beberapa kali ketika hadir di SPRM.
[Video] Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hadir ke Ibu Pejabat #SPRM di Putrajaya malam ini dipercayai berkaitan siasatan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion. pic.twitter.com/xdLWkD1NpS— BERNAMA (@bernamadotcom) August 6, 2020
Wakil media berkumpul perkarangan Ibupejabat SPRMselepas tular maklumat mengatakan Guan Eng akan ditahan SPRM malam ini ekoran skandal Terowong Dasar Laut dan tiga lebuhraya di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.
Sebelum Guan Eng telah hadir ke ibu pejabat SPRM untuk dirakam keterangan sebanyak tiga kali iaitu 22, 25 dan 26 Julai lalu untuk membantu siasatan berhubung projek terowong dasar laut dan lebuh raya di negeri Pulau Mutiara itu.
-MalaysiaGazette