Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Syed Saddiq dianggap liabiliti berikutan kes SPRM, punca tidak dijemput sertai parti baru Mahathir


KUALA LUMPUR: Ketiadaan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq di dalam sidang media bersama-sama Tun Dr Mahathir dan 5 lagi bekas pemimpin Bersatu semasa pengumuman untuk membentuk parti baru petang tadi telah menjadi tanda-tanya.

Semasa di dalam sidang media, Mahathir turut ditanya mengenai penyertaan Syed Saddiq di dalam parti tersebut.

Mahathir hanya menjawab mereka akan hubungi Syed Saddiq untuk dapatkan penjelasan beliau.


Menurut sumber dari pihak Bersatu Blackout, Syed Saddiq tidak dijemput adalah kerana Mahathir tidak mahu beliau menjadi liabiliti kepada parti barunya kerana telah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan kes penggubahan wang haram.

Menurut Mahathir, perjuangan parti baru ini berasas semangat, bukan duit selain menghapus rasuah dan kleptokrasi.

Syed Saddiq telah dipanggil lebih dari 3 kali ke SPRM untuk disoal siasat mengenai kehilangan wang tunai berjumlah ratusan ribu di dalam peti besi di rumahnya.


Wang tersebut juga pernah didakwa milik parti Bersatu tetapi Syed Saddiq telah menafikannya dengan mendakwa kesemua wang tersebut adalah hasil dari simpanan beliau dan juga kedua ibu bapanya.

Pengumuman parti baru berkenaan dibuat pada satu sidang media di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur, hari ini walaupun nama parti masih belum ada lagi.

Hadir sama adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Dato Marzuki Yahya.

-Tuncarlos.com