Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tak sedar tersedut vape dalam Dewan Rakyat, Hishammuddin mohon maaf


CYBERJAYA – Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan permohonan maaf kerana terlajur menghidu vape ketika persidangan Dewan Rakyat sebentar tadi.

Hishammuddin melalui ciapan di Twitter berkata beliau tidak menyedari akan perbuatan tersebut sambil berjanji untuk tidak mengulangginya.



“Maaf, saya tidak menyedarinya (kerana) ia kelaziman baru. Saya minta maaf kepada Dewan Rakyat dan berjanji tidak akan melakukannya lagi,” tulisnya sebentar tadi.

Terdahulu klip video berdurasi 0:09 sat tersebar di media sosial yang menunjukkan ahli parlimen Semberong itu menghisap vape sambil mengunakan penutup mulut.



Tindakan itu kemudiannya ditegur oleh pengikutnya di laman media sosial sambil meminta Hishammuddin untuk memberikan penjelasan.

Sementara itu, tinjauan yang dilakukan mendapati rata-rata memuji tindakan tersebut kerana berani mengaku atas kesilapan yang dilakukan. – SuaraTV