Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tim Menteri Kewangan dedah status Tabung Harapan, pasti ramai yang kecewa


PARLIMEN: Timbalan Menteri Kewangan Abdul Rahim Bakri memaklumkan bahawa dana derma akaun Tabung Harapan telah dibelanjakan mengikut tatacara yang termaktub iaitu untuk membayar hutang kerajan persekutuan.

Katanya, akaun tabung tersebut juga telah diurus tadbir oleh jawatankuasa akaun secara amanah.

"Akaun Tabung Harapan telah ditadbir oleh jawatankuasa akaun secara amanah.

"Pengunaan dana dalam akaun tersebut mengikut tatacara yang termaktub dalam arahan untuk bayar hutang kerajaan persekutuan dan pembayaran yang perlu digunakan untuk tujuan akaun itu sahaja," katanya dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini.



Selain itu, Abdul Rahim (Bersatu - Kudat) juga menjelaskan penerimaaan sumbangan terakhir yang direkodkan pada 14 Januari 2019 berjumlah lebih RM202 juta.

Katanya, sehingga 1 Disember 2019, dana Tabung Harapan, termasuk semua faedah berjumlah lebih RM 205 juta telah digunakan untuk melunaskan sebahagian hutang 1MDB.

Abdul Rahim berkata demikian ketika menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PAS - Pasir Mas) yang mempersoalkan status terkini Tabung Harapan dan ke mana wang tersebut disalurkan.

Tabung Harapan dilancarkan oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad, pada 30 Mei 2018.



Penubuhan tabung tersebut dilakukan kerajaan Pakatan Harapan bagi mengurangkan hutang negara yang didakwa berjumlah lebih RM1 trilion.

Rakyat yang pada ketika itu masih lagi bersemangat dengan kerajaan yang baru telah ramai-ramai menderma ke tabung tersebut.

Tak kira kecil besar tua dan muda semua menderma. Ada juga kanak-kanak sekolah menderma kesemua duit syiling simpanan, dengan alasan untuk meniru cara yang pernah dilakukan oleh rakyat Korea untuk selamatkan negara mereka dari hutang.

Ini bermakna, kerajaan PH tak bersungguh untuk mengurangkan hutang negara hanya mengharapkan rakyat sahaja. J

Jumlah hutang yang ditambah Kementerian Kewangan sebelum PH jatuh adalah sebanyak RM200 Billion dalam masa 22 bulan sahaja!

Rakyat beranggapan bahawa mereka semua telah ditipu oleh Kerajaan lalu, dan ada juga yang ingin ambil semula duit yang telah didermakan mereka.

Menurut sumber dari Kementerian Kewangan,setiap satu sen yang didermakan ke Tabung Harapan tidak boleh diambil semula.

-Tun Carlos