Tinjauan tergempar Menteri KDN ke lokasi premis judi Sungai Buloh
Datuk Seri Hamzah Zainudin (berbaju putih) bersama Asri Janggut (berbaju hijau) di lokasi premis judi |
"Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi. Kegiatan judi adalah salah satu punca kepada masalah sosial setempat."
"KDN melalui agensi yang terlibat akan menggunakan semua lunas perundangan yang ada untuk membentras kegiatan ini."
Penyewa-penyewa kedai adu perkara yang sama
"Saya dimaklumkan oleh bukan hanya saudara Asri, tapi juga tadi saya bertemu dengan ramai mereka yang menyewa di kedai-kedai di sini memaklumkan betul lah ada perjudian haram yang dilakukan di sini berlarutan sejak agak sudah lama."
"Saya akan cuba untuk menentukan bahawa ianya boleh dapat dibenteras dengan secepat mungkin." ujar Hamzah.
Hamzah juga menasihatkan orang awam agar menyalurkan maklumat di saluran yang betul agar keselamatan diri dan keluarga terjamin.
-TunCarlos.com
Selepas bertemu dan berbincang di Parlimen, saya minta Saudara Asri Janggut Hot Burger Malaysia bawa dan tunjukkan...
Posted by Hamzah Zainudin on Monday, 10 August 2020
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin ditemani Asri Janggut melakukan tinjauan di sekitar Bandar Baru, Sungai...
Posted by Bernama TV on Monday, 10 August 2020