Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Zuraida buka mulut isu projek "direct nego" di bawah kementeriannya ketika zaman PH


KUALA LUMPUR: Zuraida Kamaruddin mendakwa dua projek runding terus di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dibuat di luar pengetahuannya.

Kenyataan itu hadir selepas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz semalam mendedahkan 101 kontrak kerajaan - bernilai RM6.61 bilion - yang diberikan melalui rundingan terus di bawah PH.

Dua daripadanya didapati turut melibatkan projek di bawah kementerian Zuraida itu.

Menurut anggota parlimen Ampang itu, KPKT akan melakukan siasatan berhubung perkara tersebut.



“Saya maklum mengenai kenyataan Kementerian Kewangan membabitkan projek rundingan terus sewaktu pentadbiran PH yang turut mengaitkan KPKT menawarkan projek rundingan terus.

“Ingin saya tegaskan dua projek yang diluluskan kepada KPKT sewaktu saya menjawat tugas sebagai menteri semasa pentadbiran terdahulu dibuat di luar pengetahuan saya.

“Justeru, saya ingin memberikan jaminan bahawa KPKT akan melakukan siasatan membabitkan isu yang timbul,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, sebelum pertukaran kerajaan pada hujung Feb lalu Zuraida juga merupakan menteri di KPKT.

Ketika isu 101 projek rundingan terus didedahkan di Parlimen oleh Menteri Kewangan, Zuraida juga turut mengesahkan bahawa semua projek-projek ini tidak pernah dibincangkan di Kabinet ketika PH menjadi kerajaan.