Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Anak pemilik kilang berkaitan isu pencemaran air, tampil pertahan bapanya


SELANGOR: Anak kepada pemilik kilang yang ditahan reman berkaitan isu pencemaran air di Sungai Gong Rawang memaklumkan pihaknya akan memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa.

Namun Yip Siew Tong yakin perniagaan milik bapanya itu mematuhi undang-undang alam sekitar dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan pencemaran.

"Memang benar kilang milik bapa saya ini pernah disaman oleh pihak berkuasa baru-baru ini, tetapi ia tiada kaitan dengan pembuangan sisa-sisa cecair ke dlam sungai."




"Ia berkaitan kesalahan-kesalahan lain seperti tidak memberi latihan sepatutnya untuk pekerja-pekerja kilang dan ketiadan inventori yang baik."

"Syarikat ayah saya berbesar hati untuk membantu siasatan dan tidak akan menyembunyikan apa-apa."

Tambahnya perniagaan yang dijalankan keluarganya itu adalah stor penyimpanan jentera pembinaan bukannnya kilang yang memproses atau menghasilkan bahan kimia.




Malah bahan-bahan buangan juga dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan. Siew Tong turut memints orang ramai memberi ruang untuk siasatan dijalankan secara adil dan tidak lakukan tohmahan terhadap keluarganya.

Satu laporan polis juga telah dibuat di balai polis Gombak semalam atas ugutan kekerasan yang diterima.

BACA: 308 kilang beroperasi secara haram di Selayang -MPS

-Edisi7

EDISI7 6 SEPTEMBER 2020
Anak kepada pemilik perniagaan yang ditahan reman berkaitan isu pencemaran air di Sungai Gong memaklumkan akan beri kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa. Namun Yip Siew Thong yakin perniagaan milik bapanya itu mematuhi undang-undang alam sekitar. #edisi7 #edisi7ntv7 #isuairselangor
Posted by Edisi7 on Sunday, 6 September 2020