Kuala Lumpur: Beberapa nama besar tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Setakat 10 malam tadi, Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman tewas kepada calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Daud Yusof di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan.
Bekas Menteri Luar itu tewas dalam pertandingan empat penjuru apabila memperoleh 3,598 undi, berbanding Daud yang meraih 5,400 undi.
Sementara itu, keputusan tidak rasmi menunjukkan Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, tewas kepada Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joniston Bangkuai bagi DUN Kiulu.
UPKO yang bertanding di 12 kerusi, mewakili Parti Warisan Sabah (WARISAN) Plus, manakala PCS bertanding di semua 73 kerusi.
BACA: Keputusan penuh PRN Sabah