Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Biadap! Warisan dakwa peristiwa Lahad Datu sandiwara, komando berperang dengan ayam dan anjing



KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pelancongan, Datuk Mohamaddin Ketapi kononnya mendakwa pencerobohan Lahad Datu tahun 2013 hanya satu sandiwara.

Dalam satu video tular di media sosial, Mohammadin yang juga pemimpin Parti Warisan seperti memperlekehkan insiden Tanduo.

Ia dipercayai ucapan beliau semasa berkempen sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.



Beliau dikatakan menganggap anggota-anggota keselamatan sebenarnya bukan ‘berperang’ dengan pengganas sebaliknya hanya ‘berperang’ dengan ayam dan anjing.

Ketika peristiwa pencerobohan Lahad Datu oleh tentera Sulu yang datang dari Filipina, seramai 10 orang anggota komando dibunuh oleh pengganas.

Pada pagi 1 Mac 2013, satu pertempuran telah berlaku diantara PDRM dan pengikut Agbimuddin Kiram. Dua anggota PDRM dari kumpulan Komando 69 iaitu, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin telah terkorban. Manakala, 12 pengikut Agbimuddin Kiram telah terbunuh dalam situasi tersebut.


Pada 3 Mac 2013, pada waktu 6.30 petang, seramai 6 anggota polis telah terkorban dalam serangan hendap oleh penceroboh bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna. Enam penceroboh turut terbunuh dalam situasi tersebut.

Berikutan dengan krisis ini, kerajaan telah mewujudkan sebuah kawasan yang dikenali sebagai Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada 7 Mac 2013 bagi memperkuatkan lagi keselamatan maritim di bahagian timur Sabah.

Beberapa minggu selepas itu, Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib bin Abdul Razak telah melancarkan sebuah zon yang dikenali sebagai Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) pada 25 Mac 2013.

 Sejak dari itu tida lagi kes pencerobohan pengganas dilaporkan. Kegiatan lanun dan penculikan warga asing dan penduduk tempatan juga sudah berkurang.

– MalaysiaGazette