Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Buat pertama kali Rosmah Mansor buka mulut isu bossy, garang, boros dan handbag


DATIN SERI ROSMAH MANSOR: Pernah saya terbaca dakwaan menyatakan saya seorang yang bossy dan suka membazir. Malah ada dakwaan menyatakan sayalah sebenarnya yang mentadbir Malaysia, bkn suami saya. Hebatnya sisi bernama Rosmah Mansor ni. Siap acting Prime Minister ya (emoticon ketawa).

Secara amnya, sudah nama pun isteri, sikap bossy kadang kala perlu untuk kelestarian rumah tangga. Mungkin penilaian orang ramai ini bersandarkan pada wajah saya yang garang dan pengedaran gambar gambar saya yang seperti mengawal suami saya.

Tanyalah kepada mana isteri, adakah seorang isteri mahu melihat suaminya tersungkur? Sebagai isteri, saya perlu menasihati suami jika kita lihat kemungkinan sesuatu yang buruk bakal terjadi. Sudah nama pun isteri, orang yang paling rapat dengannya, sudah tentu saya wajib menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri.


Isu klip suara yang didedahkan Latheefa Koya

Dari sinilah munculnya klip suara saya yang telah dirakam dan hari ini dijadikan modal untuk menampakkan saya bossy. Pada ketika itu, saya menasihati suami saya untuk dengar penjelasan saya. Mungkin pada ketika itu dia sibuk. Jadi untuk menarik perhatiannya, saya kena meninggikan suara supaya dia dengar penjelasan saya. Tidak sangka pula perkara ini menjadi viral.

Saya tidak fikir itu menjadi masalah besar kerana pada hemat saya, semua isteri yang menyayangi suaminya akan melakukan perkara yang sama. Hak saya sebagai isterikan, mana mungkin saya hanya berdiam diri bila saya merasakan suami saya bakal dikhianati?

Dari sini pulalah muncul dakwaan, Datuk Seri Najib tidak akan berani buat apa apa keputusan jika saya tidak mengizinkannya. Saya hanyalah seorang isteri. Saya adalah penasihat utamanya walaupun dia dikelilingi oleh ramai penasihat. Samada dia nak dengar atau tidak bukan hal saya. Apa yang penting, saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri.


Lihat isteri isteri lain ataupun letakkan diri kita sebagai isteri. Apabila suami memerlukan nasihat secara personal, siapa lagi yang dicari jika bukan isteri? Dalam Islam sendiri meletakkan status seorang isteri sebagai orang yang paling rapat dengan suami. Statusnya adalah penolong ketua keluarga. Jika fahami ini, sudah tentu akan faham apa yang Mama Ros ini cuba lakukan sehingga kini.

Tambahan pula, wujud orang orang yang tidak bertanggungjawab kononnya mendakwa, mahukan kelulusan satu satu projek, perlu melalui saya. Dari situlah spekulasi saya mengawal kerajaan menjadi besar. Walhal, untuk berada di pejabat suami saya dalam tempoh sehari pun susah.

Isu bazir dan boros, mana Private Jet saya?

Satu lagi dakwaan menyatakan saya seorang yang membazir dan mahu hidup mewah melampaui batas. Jika saya mahu kemewahan, saya bukan mencari handbag semata mata. Saya mahukan sebuah private jet yang didaftarkan atas nama Rosmah Mansor. Saya boleh kemana pun dengan hanya private jet. Tak perlu sakit pinggang duduk berjam jam lamanya dalam kereta.

Persoalannya, mana private jet saya? Tiadakan? Saya akui saya menyukai handbag kerana sudah menjadi kesukaan seorang wanita terhadap handbag. Saya bagikan contoh mudah, setiap wanita sukakan perhiasan seperti make up  dan sebagainya. Begitu juga saya.


Tetapi suka saya tegaskan, tidak ada walau satupun handbag saya menggunakan wang rakyat. Saya membelinya menggunakan wang yang diberikan oleh suami sebagai nafkahnya sebagai suami.

Selain itu, kebanyakan handbag saya diberikan oleh isteri isteri pemimpin dunia yang lain yang majoritinya kekal sebagai kawan saya sehingga kini.

Mungkin ada yang tidak faham, adat memberi barang kesukaan isteri pemimpin utama dunia sudah lama diamalkan. Sebelum ke sesuatu negara, pasukan pendtabiran sesebuah negara akan menyediakan hadiah sebagai tanda persahabatan. Dari sinilah saya memperolehi handbag yang dikatakan dibeli dengan menggunakan wang negara.

Terpaksa bergaya elegan walaupun rimas

Sebagai isteri seorang Perdana Menteri, saya perlu menjaga penampilan saya. Mahukah rakyat Malaysia menanggung malu apabila melihat penampilan isteri Perdana Menteri yang selekeh? Sudah tentu, saya perlu tampil elegan walaupun kadang kala saya agak sedikit rimas dengan sesetengah gaya.




Tidak ada sebab untuk saya menggunakan wang negara atau wang rakyat. Perkara halal haram ini bukan boleh dilakukan sesuka hati kerana apa sahaja yang memasuki badan akan menjadi darah daging. Dan ini akan ditanya di akhirat kelak. Kita bukan hidup menongkat langit sampai terlupa halal haram sesuatu perkara.

Tidak mengapalah, perkara sudah lepas. Cuma saya terfikir untuk menjawab fitnah yang berlegar sejak 2011 sehingga kini. Saya sudah menyerahkan tanggungjawab menjawab segala fitnah ini kepada seseorang sebelum ini namun dia gagal menjalankan tanggungjawabnya sehingga imej Rosmah Mansor ini terlalu teruk.

Kini, izinkan saya sendiri menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepada saya. Saya rasa lebih puas begini. Setidak tidaknya para pembaca akan mengetahui jawapan saya in first hand.

Salam sayang dari saya Mama Ros untuk semua pembaca yang budiman.

Sumber: FB Rosmah Mansor

Pernah saya terbaca dakwaan menyatakan saya seorang yang bossy dan suka membazir. Malah ada dakwaan menyatakan sayalah...
Posted by Rosmah Mansor on Saturday, 19 September 2020