Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Cara Zahidi dan Abdul Rahim kendali isu Veveonah tak betul -KJ



KUALA LUMPUR- Kabinet memutuskan kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri terhadap Veveonah Mosibin adalah tidak betul dan tidak wajar.

Menurut Menteri Sains, Tekno1logi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, jemaah menteri telah berbincang mengenai isu pelajar Universiti Malaysia Sabah itu pagi tadi.

“Kabinet setuju isu sebenar adalah capaian internet dan kemudahan asas lain khususnya di pedalaman.

“Kerajaan akan berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki (perkara tersebut),” katanya dalam satu ciapan di Twitternya hari ini.



Nama Veveonah kembali tular beberapa hari lalu apabila Zahidi memberitahu, pelajar berusia 18 tahun itu tidak memanjat pokok untuk mendapatkan capaian Internet bagi membolehkannya menduduki peperiksaan secara dalam talian.

Sebaliknya, gadis berkenaan hanya berbuat demikian untuk mencipta kandungan bagi saluran Youtubenya.

Zahidi bagaimanapun membetulkan semula kenyataan beliau serta meminta maaf beberapa jam kemudian.

Isu tersebut dihangatkan lagi apabila Rahim yang juga Ahli Parlimen Kudat memuat naik satu status di Facebooknya mengatakan Veveonah telah menipu dan mengatakan siasatan telah dijalankan untuk memastikan gadis berkenaan benar-benar menduduki peperiksaan di atas pokok atau tidak seperti yang disiarkan melalui videonya itu

– MalaysiaGazette