Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Datin Seri Rosmah terharu dan gembira dengan sambutan di Facebooknya sejak 24jam lepas


ULASAN: Apabila saya melihat komen komen di dalam wall fan pages saya sejak 24 jam yang lepas, saya akui, saya cukup terharu dan gembira.

Manakan tidak, selama ini, saya langsung tidak pernah terfikir untuk mewujudkan akaun Facebook mahupun fan pages dan terlibat aktif di dalam media sosial. Bila saya wujudkan fan pages ini, tidak sangka, sambutan yang diterima, amat menggalakkan.

Dahulu, sisi Rosmah Mansur yang dikenali ramai adalah sosok yang garang, bengis dan bossy. Tambahan pula, banyak gambar gambar saya yang disiarkan di media massa mahupun di media sosial dahulu menampakkan sisi saya sebegitu.




Sebenarnya, tidak ramai yang tahu, saya adalah individu yang amat gemar ketawa. Saya sebenarnya mudah mesra dan amat suka berkawan. Hati saya juga mudah tersentuh melihat kesukaran rakyat terutama melibatkan anak anak kecil.



Namun semua itu tidak dapat saya luahkan atau zahirkan atas kerana kekangan waktu mengiringi suami saya menjalankan tugas rasmi negara dan kesibukan saya sendiri menghadiri pelbagai jemputan.

Namun begitu, andai saya mendapat perkhabaran sebarang kesulitan dan kesukaran rakyat, saya tidak akan duduk diam. Saya akan pastikan bantuan dari saya akan tiba dahulu. Bagi saya, tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak perlu tahu.

Benar, mungkin wajah saya nampak garang dan pada saya tidak ada apa salahnya. Suami saya sibuk dengan urusan negara dan tanggungjawab menjaga keluarga adakalanya saya yang memikulnya.





Seperti ibu ibu lain diluar sana, secantik mana pun kita, kenalah menampakkan wajah garang kita demi menjaga kebajikan keluarga kita sendiri.

Lagipun, bila orang nampak wajah garang saya, ianya mungkin akan membuatkan seseorang yang mempunyai "hajat" mendekati suami saya terfikir, "oh wow, sebelum dapat suaminya, saya kena berhadapan dengan kegarangan Rosmah dahulu. Berani ke? (emoticon ketawa)".

Untuk semua yang meninggalkan komen di wall fan pages saya, mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya, memanggil saya dengan panggilan mama atau Kak Ros (kakak Upin Ipin, kata pembantu saya) dan menghantar message terus kepada saya, saya ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA.




Insya Allah saya membaca setiap komen yang ditinggalkan. Kepada yang meninggalkan komen menghentam termasuk menghantar message direct yang agak jelik, jangan risau. Saya langsung tidak marah dan tidak menyimpan sebarang perasaan dendam.

Saya dididik mengikut ajaran Islam dan sentiasa diingatkan oleh suami saya, berjiwa besar dalam segenap aspek. Bak kata sahabat saya, lebih baik tersalah ampun dari tersalah hukum.

Bantu dan teruslah menyokong saya. Kerana setiap doa yang dititipkan kepada saya, amat besar ertinya buat insan kerdil yang bernama Rosmah Mansor ini.

Terima kasih semua. Mama, Kak Ros dan Kak Mah sayang kamu semua.

sumber: FB DS Rosmah Mansor

Apabila saya melihat komen komen di dalam wall fan pages saya sejak 24 jam yang lepas, saya akui, saya cukup terharu dan...
Posted by Rosmah Mansor on Tuesday, 15 September 2020