Dua minggu kempen Warisan PH tiada idea pulih Sabah, lebih baik masuk rancangan maharaja lawak -Najib
PRN Sabah: Jika itu bakat terpendam mereka (Warisan PH), lebih baik mereka jadi pelakon atau masuk rancangan Maharaja Lawak daripada jadi pemimpin, ujar bekas Perdana Menteri DS Najib Razak di dalam sidang live Facebooknya malam tadi.
Beliau berkata demikian apabila mengulas mengenai video-video propaganda dan juga iklan-iklan besar bersaiz billboard yang penuh di sekitar kawasan di negeri Sabah.
Najib juga turut berasa kecewa kerana segala pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini untuk transformasi, pembangunan ekonomi dan juga pembangunan anak-anak Sabah telah dihentikan oleh kerajaan Warisan PH.
Menurut Najib, 2 tahun berturut-turut (2018 dan 2019) Warisan Sabah menerima rekod pencapaian yang begiru dahsyat iaitu negeri yang paling teruk sekali pertumbuhan ekonominya. Kerajaan pimpinan PH menerima gred F dalam kad laporan prestasi mereka.
"Sudah 2 minggu PH dan Warisan berkempen di Sabah, apakah kita dengar apa-apa pelan pembangunan mereka untuk Sabah? Tiada."
"Adakah kita dengar apa-apa idea untuk pemulihan ekonomi Sabah? tiada."
"Adakah kita dengar mengenai pengukuhan kebajikan untuk anak-anak Sabah? tiada."
"Adakah kita dengar apa-apa mengenai sistem jaringan sosial (social safety net) yang ama diperlukan oleh penduduk Saabah? tiada."
"Yang kita dengar dari pemimpin Warisan adalah rakyat Sabah tidak perlu bantuan kebajikan, tidak perlu BR1M."
"Yang kita lihat dari pemimpin PH dan Warisan apa? Iklan-iklan besar mereka dan video-video menitis air mata. Dahsyat sekali, sungguh dahsyat." ujar Najib
"Jika itu bakat terpendam mereka, lebih baik mereka menjadi pelakon atau masuk rancangan maharaja lawak daripada menjadi pemimpin."
"Video-video mereka tidak bermakna kepada rakyat. Orang di Tawau dan Kalabakan, Sepanggar, Kota Belut dan Tuaran tidak dapa menfaat langsung daripada iklan permainan kata-kata dan video pemimpn PH dan Warisan."
"Jelas sekali PH adalah sebuah kerajaan yang gagal."ujar Najib
Akhir sekali, Najib menyeru kepada rakyat Sabah supaya membuat pertimbangan sebaik-baiknya dan buatlah pilihan yang tepat untuk diri, anak-anak sabah dan masa depan semua.
"Sudah tiba masanya rakyat Sabah ambil langkah berani dan ubah balik. Berilah peluang kepada calon-calon Barisan Nasional."
"Saya yakin bahawa parti BN mampu menerajui Sabah dan membawa negeri di bawah bayu kembali ke landasan pembangunan, Insyaalah."
-Tun Carlos