Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hajiji bakal Ketua Menteri Sabah jika UMNO dan PBS setuju -Muhyiddin


TUARAN – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor akan dilantik Ketua Menteri negeri di bawah bayu itu jika Gabungan Rakyat Sabah menang dalam Pilihan Raya Negeri yang akan berlangsung pada 26 September ini.

Perkara itu diumumkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, keputusan itu perlu dipersetujui rakan-rakan Bersatu.

“Mana nak tahu, kalau rakan-rakan kita di PN, BN pun bersetuju, yang terbaik nak kita tawarkan sebagai calon untuk meminpin negeri Sabah, tidak lain tidak ialah Hajiji.


“Ini juga memerlukan persetujuan dari sekutu Bersatu,” katanya di pekarangan Ibu Pejabat Bersatu Tuaran sambil disambut sorakan dan tepukan daripada orang ramai.

Hajiji turut hadir mengiringi Muhyiddin sebelum bergerak ke pusat penamaan calon di dewan Seri Sulaman yang merupakan salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri di Parlimen Tuaran.
Hajiji, telah mewakili Sulaman sejak 1990 di bawah logo BN dan ini kali pertama dia bertanding di bawah bendera PN.

Diminta mengulas kenyataan Muhyiddin, Hajiji yang mewakili Sulaman sejak 1990 di bawah Barisan Nasional dan kali ini mewakili Bersatu berkata, rundingan akan dilakukan bersama rakan-rakan Bersatu.


“Saya tidak dimakmlumkan secara khusus dan rasmi. Apa-apa pun kita dengan parti rakan Umno, BN dan juga PBS serta Perikatan Nasional akan menyelesaikan isu ini apaibla tiba masanya,” katanya.

Pada PRN Sabah ini, Hajiji, 65, akan dicabar calon Warisan Plus Aliasgar @ Ali Ashgar Basri dan calon Parti Cinta Sabah (PCS), Rekan Hussien.

Selain Bersatu, STAR dan SAPP juga bertanding di bawah logo PN. Sementara, Umno, PBRS dan MCA bertanding di bawah logo BN.

Kedua-dua gabungan itu pula bersekutu dengan PBS yang bertanding di bawah logo sendiri.

– MalaysiaGazette