Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Jamal Yunos ajak orang ramai hadir bertuala di Pejabat SUK Selangor Khamis ini


Pemimpin akar umbi Umno Jamal Mohamad Yunos kembali lagi dengan gimik menariknya, kali ini sekali lagi bagi menyatakan kekesalan terhadap masalah air di Selangor.

Sambil bertuala di tepi sungai, dia menyeru orang ramai hadir ke pejabat pentadbiran Selangor di Shah Alam pada Khamis ini bagi “menumpang mandi”.

Dia meminta peserta bantahan itu memakai tuala, menyelitkan berus gigi di telinga dan membawa gayung.

“Jom ramai-ramai kita bertuala untuk menyatakan protes terhadap kerajaan negeri, kegagalan menteri besar menyediakan perkhidmatan bekalan air yang terbaik untuk rakyat Negeri Selangor.



“Jom bersama-sama saya dengan memakai tuala, letak berus gigi di telinga dan bawa satu gayung sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri tentang permasalahan yang berlarutan dan berulang-ulang kali ini, pada Khamis pukul 10 pagi.

“Jom kita bertuala ke SUK, Pejabat Menteri Besar untuk menumpang mandi di pejabat beliau. Ada berani?” soalnya.

 Tiga tahun lepas, Jamal hadir ke pejabat menteri besar di Shah Alam dengan bertuala (bawah) bagi menyatakan bantahannya terhadap masalah air yang berlaku di negeri itu.

Imej itu menjadi tular dan sentiasa dikongsi kembali warga maya setiap kali masalah air berulang di negeri itu.



Pemimpin gerakan Baju Merah itu kerap mencuri tumpuan dengan menganjurkan siri bantahan terhadap kerajaan negeri menerusi pelbagai aksi dan gimik.

Dia juga pernah mengusung keranda dan membawa katil serta mengadakan demo mengurut di depan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam bagi membantah isu premis urut haram dan pelbagai lagi benda haram yang ada di Selangor.

Jumaat lepas, empat loji rawatan air di Sungai Selangor terpaksa dihenti tugas ekoran berlakunya pencemaran bau di Sungai Gong, Rawang menyebabkan 1.2 juta pengguna di sekitar Lembah Klang menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual.

-MalaysiaKini


Jom Ikut Saya BERTUALA... Ke SUK Pejabat Menteri Besar Selangor.. Bagi Menunjukan Bantahan Kita... Kegagalan Kerajaan Negeri Menguruskan Keperluan Air Utk Rakyat Selangor.. DS MB!! Kami Mahu Menumpang Mandi Di Pejabat YAB.. Bolehhhh... Pada. 10.09.2020 Khamis 10 30am.. Jangan Lupa Bawa Berus Gigi letak di Celah Telinga.. Dan Gayung Mandi.. Serta Sabunnya sekali.. ON x ON Jangan Jadi Kambing X Mandi😃
Posted by Jamal Yunos on Saturday, 5 September 2020