Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Jijik! Kilang roti guna air jamban disita DBKL


KUALA LUMPUR: Sebuah kilang roti di Happy Garden dekat Jalan Kuchai Lama di sini, diarah tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini, selepas didapati beroperasi menggunakan air dari tandas yang kotor.

Pemeriksaan DBKL mendapati, bahan mentah dan penyediaan makanan di premis terbabit juga dilakukan di atas lantai.

"Pemeriksaan mendapati lantai basah, kotor dengan sisa makanan serta dinding tempat penyediaan makanan kotor dan berdaki hitam.



"Selain itu peralatan serta kelengkapan pemprosesan makanan dalam keadaan kotor dan usang, menggunakan sumber air dari tandas yang kotor dan terdapat kesan hurungan najis tikus dalam stor peralatan dan bahan mentah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

DBKL berkata, pemeriksaan mendapati 10 pengendali makanan termasuk enam warga asing yang bekerja di situ, mempunyai suntikan tifoid.

"Sehubungan itu, DBKL mengeluarkan Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 yang berkuatkuasa mulai esok.


"Pemeriksaan dan pemantauan seumpama ini akan diteruskan oleh DBKL dari semasa ke semasa," katanya.

Operasi hari ini dilakukan oleh enam anggota penguat kuasa DBKL.

-BHonline