Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kalah teruk di PRK Slim, Pejuang umum tak letak calon di PRN Sabah



KUALA LUMPUR: Setelah kalah teruk di PRK Slim, parti Pejuang yang ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad memutuskan untuk tidak bertanding di dalam mana-mana kerusi DUN dalam Pilihanraya Sabah

Kenyataan media parti itu diumukan oleh Presiden parti itu, Mukhriz Tun Mahathir.

"Seperti yang telah saya umumkan sebelum ini, Urusetia Penubuhan Parti Pejuang Tanahair memaklumkan bahawa Pejuang tidak meletak calon untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri di dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ini."



"Dengan yang demikian, sesiapa yang mengakui dirinya mewakili Pejuang dan menyertai PRN Sabah, tidak langsung berurusan dengan kepimpinan Pejuang, jauh sekali mendapat restu kami sebagai calon Pejuang pada PRN tersebut.

Menurut Mukhriz lagi, wakil dari Pejuang akan membantu dan menyokong calon dari Warisan Plus dalam kempen pilihanraya Sabah.

"Pejuang menyokong penuh Parti Warisan Sabah dan sekutu-sekutunya di dalam PRN ini. Wakil-wakil Pejuang akan berkempen untuk calon-calon Warisan+ bagi menzahir sokongan itu."

Hari ini adalah hari penamaan calon untuk pilihan raya negeri Sabah manakala hari pengundian jatuh pada 26 September.

-TunCarlos

KENYATAAN MEDIA PEJUANG TIDAK BERTANDING PRN SABAH Seperti yang telah saya umumkan sebelum ini, Urusetia Penubuhan...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Friday, 11 September 2020