Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kantoi, syarikat yang tiada pendapatan diberi projek direct nego RM1.45 billion oleh Warisan



PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek jalan raya di Sabah diberikan.

Dalam hantaran di Facebook Najib menggesa pemimpin Perikatan Nsional (PN) dan Barisan Nasional (BN) selain orang ramai supaya mendapatkan jawapan tentang bagaimana projek jalan raya diberikan.

Memetik maklumat yang didakwa dibocorkan oleh pegawai awam kepada sebuah portal pada Januari, Najib mempersoalkan kewajaran projek jalan raya bernilai RM1.45 bilion yang diberikan oleh kerajaan negeri pimpinan Warisan kepada 4 syarikat yang tidak memperoleh apa-apa pendapatan pada 2019,



Projek berkenaan didakwa diberikan secara rundingan terus, sementara rekod syarikat yang dipetik oleh portal berkenaan dikatakan menunjukkan 3 daripadanya tidak memperoleh apa-apa pendapatan, sementara syarikat ke-4 hanya ditubuhkan pada Mac 2019 dan tidak memfailkan apa-apa laporan kewangan.

Pada Februari Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony menolak laporan portal berita itu sebagai fitnah dan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berkenaan, selain membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Anthony berkata, beliau tidak mempunyai kuasa untuk memberikan kontrak melalui rundingan terus kerana hanya menteri kewangan negeri mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.



Anthony tak berani saman pendedadahn Najib

Najib berkata, maklumat bocor itu menunjukkan 4 syarikat diberikan projek bernilai antara RM325 juta hingga RM500 juta.

"Pada bulan Jun lalu, saya pernah tulis secara terperinci tentang projek RM325 juta ini diberi kepada syarikat AK Kontraktor (siap sertakan bukti surat terima setuju kontrak) di mana pemilik terbesar syarikat juga pemilik syarikat yang dinamakan dalam tuduhan SPRM di mahkamah pernah digunakan oleh Peter untuk songlap duit RISDA."

"Tapi Peter dan geng PH tak berani jawab. Nak saman atau tuduh saya fitnah pun tak mahu."

"Itu dia! Projek bernilai RM1.45 bilion diberi secara rundingan terus oleh kerajaan Warisan Sabah kepada 4 syarikat dengan pendapatan sifar - termasuk sebuah syarikat baru ditubuh 10 bulan dan sebuah lagi yang berkait dengan kes rasuah RISDA menteri Warisan."

Sebelum PRU14, dia kontraktor kepada bekas Menteri Persekutuan yang kemudiannya menjadi Ketua Menteri Sabah PH...
Posted by Najib Razak on Thursday, 11 June 2020





Menurut dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) modal berbayar 4 syarikat itu adalah antara RM750,000 ke RM1.24 juta, tetapi 3 daripadanya mencatatkan kerugian antara RM12,000 hingga RM1.1 juta, katanya.

Syarikat terbabit juga tidak mencatatkan pendapatan pada 2019, katanya.

Dalam pada itu, syarikat ke-4 hanya ditubuhkan pada Mac 2019 dan tidak memfailkan apa-apa kenyataan kewangan, kata Najib.

BACA: GEMPAR: Jika Shafie jadi PM, dia akan luluskan tender-tender dia sendiri, dedah Najib


-FMT

Projek penyelenggaraan jalan bernilai RM1.45 bilion diberi secara rundingan terus oleh kerajaan Warisan Sabah kepada 4...
Posted by Najib Razak on Friday, 18 September 2020