Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kenyataan kontroversi tak jejas Mohamaddin, menang bergaya di DUN Segama


Kota Kinabalu: Di sebalik kontroversi berikutan kenyataannya mengenai isu pencerobohan Lahad Datu, calon Warisan Plus kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi lagi sekali diangkat menjadi wakil rakyat di kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Menurut keputusan rasmi dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini, Mohamaddin, bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, mendapat 4,864 undi menewaskan tujuh pencabar yang lain dengan majoriti 2,168 undi.



Mohamaddin menjadi kontroversi pada PRN Sabah kali ini kerana dilapor telah berkata pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada 2013 adalah sandiwara sahaja dan menganggap anggota keselamatan hanya berperang dengan ayam dan anjing sahaja di Tanduo.

Namun nampaknya kenyataan kontroversinya itu tidak menjejaskan pengundi-pengundi di Segama untuk memilih beliau menjadi wakil rakyat di sana.

BACA: Keputusan penuh PRN Sabah

-Tun Carlos