Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kerap sangat tiada air, NGO gesa gaji MB Selangor dipotong setiap kali gangguan



NGO Otai Reformis mendakwa kerajaan Selangor tidak serius menangani isu gangguan bekalan air di negeri itu yang kekerapannya tidak lagi dapat dikira.

Justeru kumpulan bekas penggerak gerakan reformasi 1998 itu berkata menteri besar, exco dan kepimpinan Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) patut didenda setiap kali masalah berlaku.

Setiausaha Otai Reformasi Abdul Razak Ismail mencadangkan potongan gaji RM10 dibuat terhadap mereka.



“Ini sebagai tanda 'denda' kepada mereka kerana gagal menguruskan air dengan sempurna demi kepentingan warga Selangor,” katanya.

Katanya, sejak PH mengambil alih kerajaan daripada BN, sudah tiga menteri besar bertukar tetapi masalahnya masih sama. -MalaysiaKini