Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kes Covid-19 hari ini cecah 3 angka semula -KKM


PUTRAJAYA: Jumlah kes baharu COVID-19 terus mencatatkan peningkatan iaitu 100 kes hari ini, membabitkan 85 kes penularan tempatan dan 15 kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu penularan tempatan itu membabitkan 62 kes dikesan dalam Kluster Lahad Datu (LD) dan 23 kes dikesan dalam Kluster Sungai.

Justeru, katanya, pertambahan kes itu ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 9,559 kes dengan jumlah kes aktif iaitu 295 kes.


Dr Noor Hisham berkata, bagi kes pulih pula, terdapat 12 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes pulih di negara ini sebanyak 9,136 kes.

Beliau turut memaklumkan tiada pertambahan kes kematian dan jumlahnya kekal 128 kes bersamaan 134 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

-BHonline